Wahi Abd Rashid

KISAH KHAIDZIR

Tuan Mohd Khaidzir (dua dari kiri)

Salam kali ni saya nak kongsi kisah licensee Green Matrix di Miri, Sarawak iaitu Tuan Mohd khaidzir Abdul Kadir. Beliau join Green Matrix pada 17 Dis 2014. Sebelum join Green Matrix beliau bekerja dengan syarikat oil & gas.

Disebabkan industri oil & gas yang semakin merudum pada masa itu, beliau cuba mencari peluang perniagaan dalam bisnes kereta sewa. Beliau ternampak tentang peluang menyertai program licensing pada masa itu. Setelah berfikir panjang beliau ambil keputusan untuk menyertai Green Matrix sebagai licensee.

Sebenarnya sejak join Green Matrix banyak cabaran yang beliau terpaksa lalui. Beliau pernah kehilangan sebuah 4X4 yang dicuri oleh pelanggannya sendiri. Nasib baik beliau mendapat pampasan.

Selepas jatuh ditimpa tangga pula, kakitangannya pula buat hal, tanpa beliau sedari, pekerjanya itu tidak amanah. Beliau hairan kutipan sewa selalu tidak cukup. Keretanya pula selalu rosak.

Setelah disiasat rupanya kakitangannya itu menjual alat ganti keretanya yang baru dan menggantikan dengan alat ganti yang rosak. Setiap bulan kakitangannya akan buat tuntutan penyelengaraan kereta, Akibatnya kos beliau meningkat tetapi hasil tidak ke mana.

Setelah memecat ke semua kakitangannya, beliau terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan bisnes kereta sewa bersama ibunya. Banyak kerugian yang beliau terpaksa tanggung angkara kakitangannya yang tidak amanah.

Apa pun pelanggan yang datang ke Miri, beliau tetap layan dan berikan servis terbaik. Beliau juga terus menambah ilmu untuk memperbaiki perniagaannya.

Apabila perniagaannya semakin baik, beliau mula mengambil kakitangan baru, kali ini beliau lebih berhati-hati mengambil kakitangan. Beliau tidak mahu lagi ambil kakitangan secara tangkap muat. Kini jumlah kakitangannya ada 6 orang.

Beliau sentiasa memantau prestasi perniagaannya. Syukur Alhamdulillah setelah mengaplikasi segala ilmu yang beliau belajar, kini beliau berjaya menjana pendapatan secara purata lebih RM53K setiap bulan, keuntungannya lebih 15%.

Apa yang menarik, beliau hanya mempunyai 14 unit kereta sahaja. Menurut beliau jenama Green Matrix yang kuat dan sistem perniagaan yang diberikan banyak membantu beliau menjana pendapatan dengan mudah. Berikut merupakan jumlah kutipan sewa beliau dari Jan – Ogo 2018.

  • Jan 2018 = RM33,125.36
  • Feb 2018 = RM25,240.12
  • Mac 2018 = RM29,579.03
  • Apr 2018 = RM36,336.80
  • Mei 2018 = RM21,817.20
  • Jun 2018 =  RM64,256.22
  • Jul 2018 = RM125,264.69
  • Ogo 2019 = RM94,804.13

Jumlah RM430,423.55

RM430,423.55 / 8 = RM53,802.94 sebulan.

FAKTOR KEJAYAAN

Walaupun menghadapi cabaran pada awal namun beliau seorang yang sangat cekal, berikut merupakan antara faktor kejayaan beliau,

  1. Beliau sangat sayang ibunya.
  2. Beliau tidak mudah putus asa.
  3. Apabila bercakap, sangat sopan.
  4. Sangat setia dengan rakan kongsinya.
  5. Tidak suka memberi alasan.
  6. Sangat menjaga kebajikan kakitangannya.
  7. Hormat gurunya.
  8. Sangat pemurah belanja makan.
  9. Tidak kedekut untuk menuntut ilmu.
  10. Bekerja sangat sistematik.

Baik sekiranya anda ke Miri, Sarawak dan perlukan perkhidmatan kereta sewa boleh hubungi beliau melalui Whatsapp : 60128888744. Berminat nak jadi seperti Tuan Khaidzir boleh Klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code