Wahi Abd Rashid

KISAH PUAN ZIALOMA

Puan Zialoma (kanan sekali) bersama suami Tuan Shamsuddin Ismail

Salam kali ni saya nak kongsi kisah salah seorang licensee Green Matrix yang berjaya iaitu Puan Zialoma. Beliau dan suami mendaftar sebagai licensee Green Matrix pada 27 Nov 2017. Kawasan operasi adalah di Klang, Selangor.

Mereka berdua ni sebenarnya masih bekerja makan gaji, Puan Zialoma masih bekerja dengan pihak berkuasa tempatan dan suaminya bekerja sebagai jurujual kereta. Tujuan mereka memulakan bisnes kereta sewa adalah untuk menambah income.

Menurut mereka, kedua ibu bapa mereka kurang sihat, jadi mereka perlukan duit tambahan untuk menampung perbelanjaan perubatan kedua orang tua mereka. Ditambah dengan belanja anak-anak lagi jadi gaji mereka memang tidak mencukupi.

Mereka ada juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual produk kosmetik dan menjadi agen insuran, namun pendapatan berkenaan tidak menentu. Mereka tertarik dengan bisnes kereta sewa apabila melihat ramai rakan-rakan mereka yang berjaya dengan perniagaan berkenaan.

Sungguhpun begitu mereka tiada ilmu. Selepas berfikir panjang mereka tekad untuk menyertai program licensing Green Matrix. Selepas 3 bulan menyertai program licensing Green Matrix mereka masih tidak menjana apa-apa pendapatan.

Salah satu sebabnya adalah mereka masih belum ada kereta, apa yang mereka lakukan adalah terus mempromosi perniagaan kereta sewa walaupun masih belum ada kereta. Sekiranya mereka mendapat tempahan mereka akan berikan kepada licensee terdekat.

Pada penghujung bulan Mac 2018, mereka berjaya membeli kereta sendiri dan mula menjana pendapatan. Berikut merupakan jumlah pendapatan yang mereka perolehi dari bulan Mac hingga Ogos 2018.

  • Mac 2018 = RM179.25
  • April 2018 = RM1,885.85
  • May 2018 = RM1,320.76
  • Jun 2018 = RM3,763.00
  • Jul 2018 = RM4,500.00
  • Ogo 2018 = RM3,070.00

JUMLAH RM14,718.86

Secara purata beliau berjaya menjana pendapatan RM14.718.86/6 bulan = RM2,453.14 sebulan. Ianya cukup baik bagi mereka yang bermula dari kosong (tiada pengalaman dan kereta). Apa yang mengagumkan mereka masih bekerja makan gaji seperti biasa.

MASIH BEKERJA TIADA MASA HANTAR KERETA?

Biasanya mereka akan menghantar kereta selepas waktu bekerja. Sekiranya tiada masa, mereka akan meminta bantuan daripada licensee terdekat. Pada hari cuti mereka tiada masalah menghantar kereta kepada pelanggan.

Selepas menghantar kereta, mereka akan membawa anak-anak berjalan, begitulah kehidupan mereka sebagai licensee Green Matrix. Puan Zialoma juga selalu buat live video di facebooknya untuk pemasaran.

Disebabkan kesungguhannya, beliau dilantik sebagai pengurus Green Matrix di Selangor. Beliau juga turut membantu licensee-licensee lain menjana pendapatan.

Daripada pemerhatian saya berikut merupakan ciri-ciri yang membuatkan beliau menjadi seorang licensee yang berjaya.

  1. Seorang anak yang mengambil berat tentang orang tuanya.
  2. Seorang isteri yang taat pada suami.
  3. Seorang ibu yang penyayang.
  4. Beliau tidak kedekut melabur untuk ilmu.
  5. Beliau banyak membantu rakan-rakannya.
  6. Beliau sangat lemah lembut dan hormat orang lain.
  7. Beliau sangat kuat semangat dan tidak mudah putus asa.

Semoga bisnes kereta sewa beliau bersama Green Matrix terus berkembang. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa di kawasan Selangor boleh hubungi beliau melalui Whatsapps : 601120804947. Berminat nak jadi seperti Puan Zialoma boleh klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code