Wahi Abd Rashid

GEBANG KEDAI KOPI : SAYA BUAT DUIT SAMBIL TIDUR?

Salam Hormat,

Baru-baru ini saya berborak dengan seorang rakan. Kami pernah bekerja bersama semasa di Universiti dahulu. Sebab stress di tempat kerja lama maka dia berhenti kerja pada tahun 2007. Saya pula berhenti kerja pada tahun 2011.

Sebaik berhenti kerja, dia ditawarkan menjadi pegawai di agensi kerajaan. Saya pula terpaksa merangkak-rangkak dalam dunia perniagaan. Sekarang gaji kasarnya RM6K sebulan, saya pula boleh dapat 2 kali ganda jumlah itu ketika tidur sahaja.

Dia terkejut dan bertanya, bagaimana kau lakukan Wahi? Saya tidak jawab sebaliknya saya tanya soalan kepadanya. Berikut merupakan dialog perbualan di antara saya dan beliau;

Rakan : Macamana income ko boleh 2 kali ganda daripada aku, walaupun tengah tidur?

Saya : Ko kenal Robert Kiyosaki?

Rakan : Tak kenal.

Saya : Ko kenal Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi, Dr Shah Razali?

Rakan : Tak kenal, siapa diorang tu Wahi?

Saya : Masya Allah, mereka merupakan usahawan yang telah berjaya dan banyak menulis buku tentang kewangan.

Rakan : Sorry Wahi, aku bab membaca ni malas sikit.

Saya :  Kalau malas membaca, tak mungkin ko boleh lulus Degree di Universiti dulu. Apa yang ko baca sekarang?

Rakan : Harian Metro dan majalah motor he he he..

Saya : Patutlah

Rakan : Jadi hanya sebab ko membaca buku diorang, maka ko boleh buat duit 2 kali ganda daripada gaji aku waktu tengah tidur?

Saya :  Ya, baca, kaji dan buat.

Rakan : Rasa macam tak adil pula. Aku kerja setengah mati dapat RM6K, ko tengah tidur pun boleh dapat RM12K.

Saya : Ianya bukan mudah, kena banyak membaca, mencuba dan berkorban..

Rakan : Ok lepas ni Insya Allah aku akan mula membaca..

Saya : Buku aku ko dah baca?

Rakan : Errrr belum..

Saya : Ok jangan lupa baca buku aku juga ya..

Rakan : Ok.

PENGAJARANNYA

Mengapa saya bertanya tentang Robert Kiyosaki, Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi dan Dr Shah Razali pada rakan saya? Pada saya nama-nama berkenaan merupakan antara ikon yang terkenal dan pakar di dalam bidang kewangan. Bagi mereka yang rajin belajar tentang ilmu kewangan, nama-nama tersebut memang tidak asing lagi.

Bagi yang tidak peduli tentang ilmu kewangan, kemungkinan besar mereka tidak mengenali nama-nama tersebut. Sebab itu di dalam buku-buku Robert Kiyosaki, beliau ada mengatakan;

“Money is not evil, ignorance about money is evil”

Maksudnya Wang bukan syaitan, tetapi sikap tidak ambil peduli tentang wang adalah syaitan. Ehh betulkah translation saya ni? Macam tak kena saja. Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Robert Kiyosaki adalah

“Wang bukanlah punca masalah, tetapi sikap tidak ambil peduli tentang ilmu kewangan adalah punca sebenar masalah kebanyakan orang”

Sikap rakan saya itu yang tidak mahu belajar ilmu kewangan menyebabkan beliau tidak tahu bagaimana menggunakan wang untuk menjana lebih banyak wang. Beliau hanya fokus bagaimana bekerja keras untuk mendapatkan wang. Akibatnya sumber pendapatannya amat terhad dan sering menghadapi masalah kewangan.

Walaupun beliau mempunyai pendapatan yang agak tinggi (RM6K sebulan), namun tahap kewangannya boleh dikatakan agak tenat kerana kebanyakan gajinya habis digunakan untuk membayar hutang sahaja. Mana tidaknya beliau mempunyai 2 kad Kredit dengan hutang berjumlah RM40K. Selain itu beliau membuat pinjaman peribadi berjumlah RM60K untuk membeli motosikal berkuasa tinggi.

Beliau tidak sedar, dengan ilmu kewangan yang betul, beliau boleh menjana wang tanpa perlu bekerja keras. Itulah yang saya lakukan semenjak tahun 2006, saya belajar membina aset yang boleh menjana wang tanpa saya perlu bekerja. Kini syukur alhamdulillah saya mempunyai beberapa portfolio perniagaan yang menjana wang walaupun saya tertidur.

Sungguhpun begitu, ianya bukan berlaku dalam satu malam, ianya mengambil masa, tenaga dan wang yang banyak. Saya percaya ramai yang tidak sanggup lakukannya kerana perkara paling sukar dilakukan setiap individu adalah berubah. Maksud saya, ramai yang lebih suka hidup susah dan miskin berbanding berusaha keras belajar menjadi kaya.

APA YANG PERLU ANDA BUAT

Sekiranya anda ingin mengubah nasib hidup anda, maka anda perlu berubah. Sekiranya apa yang anda lakukan 5 tahun dahulu, tidak banyak mengubah nasib hidup anda sekarang, maka anda perlu mengubahnya hari ini. Perhatikan orang-orang yang berjaya, tanya apa yang mereka lakukan.

Bagi saya pula, jika dahulu saya banyak menghabiskan masa membaca puluhan tesis, journal, buku akademik, akhbar dan majalah sains. Namun saya sedar, semua itu tidak banyak membantu menjadikan saya kaya. Justeru saya mula berubah dengan membaca buku-buku yang ditulis oleh orang berjaya seperti Robert Kiyosaki, Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi, Dr Shah Razali dan banyak lagi. Saya cuba contohi apa yang mereka lakukan. Ternyata lama-kelamaan taraf ekonomi saya semakin baik dari masa ke semasa.

Jadi sekiranya anda ingin mengubah hidup anda, maka anda perlu mula membaca buku-buku yang ditulis oleh usahawan-usahawan yang saya sebutkan sebelum ini. Tiada siapa dapat mengubah nasib hidup anda kecuali diri anda sendiri.

20130929_004013

Gambar menunjukkan rak buku yang saya sediakan untuk menyimpan bukuu, E-Book dan DVD kewangan yang saya beli (Minta maaf agak berselerak sedikit).

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat.

2 Thoughts on “GEBANG KEDAI KOPI : SAYA BUAT DUIT SAMBIL TIDUR?

  1. Saya tertarik dengan perbandingan antara buat duit dengan urus duit. Nampak sama tapi banyak bezanya.

  2. Hebat…..saya juga sudah mula melabur duit dan masa dengan buku-buku bisnes…ilmu amat penting…

    Ketahui Rahsia Cetak Banner Murah? KLIK SINI!

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code