Wahi Abd Rashid

2 CARA BUAT DUIT KALAU ADA KERETA LEBIH

Salam hormat, artikel ni saya tulis untuk kongsi sedikit tip bagaimana untuk jana income kalau anda ada kereta lebih. Kereta lebih di sini adalah kereta yang elok dan selamat untuk di sewakan. Bukan kereta buruk yang tunggu masa nak rosak bila-bila masa.

Ok secara umumnya terdapat 2 cara untuk jana pendapatan daripada kereta yang anda miliki. Walau bagaimanapun terdapat pro & con yang perlu anda ambil kira.

1. Pajak

Sekiranya anda tiada masa, untuk menyewakan kereta milik sendiri, cara terbaik adalah memajak kereta anda kepada syarikat kereta sewa yang anda kenali. Cuma sebelum itu, pastikan anda menyemak rekod syarikat kereta sewa yang menerima kereta pajak.

Agak sukar juga untuk menentukan syarikat mana yang jujur dan syarikat mana yang scam. Apa yang anda boleh perhatikan adalah perhatikan laman web syarikat kereta sewa itu. Adakah ia nampak profesional atau ia menggunakan bahasa rojak (melayu + english).

Kalau laman web syarikat kereta sewa itu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya maka anda perlu berhati-hati kerana target market mereka adalah orang tempatan. Bukan bermakna orang tempatan ini tidak bagus, cuma target market mereka terlalu kecil dan pelanggan tempatan ini lebih berisiko.

Seterusnya anda boleh melihat review syarikat kereta sewa berkenaan, sekiranya terlalu banyak review buruk, bermakna syarikat kereta sewa itu tidak menjaga kereta-kereta yang disewakan. Kalau syarikat kereta sewa itu tiada langsung review maka anda perlu lebih berhati-hati kerana anda tidak tahu apa feedback pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.

Seterusnya lihat pula kepada bayaran pajakan yang ditawarkan, sekiranya bayaran pajakan terlalu tinggi maka anda perlu juga berhati-hati. Macam di syarikat saya bayaran pajakan hanya Installment + RM200 sahaja. Bayaran pajakan tidak tinggi kerana bisnes kereta sewa ada turun dan naik. Bisnes teruk macamana sekali pun, Insya Allah bayaran pajakan masih boleh dibayar.

Pemilik kereta tidak perlu pening kepala kerana segala kos seperti insuran, road tax, maintainance dan saman ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang memajak. Dalam kes ini licensee Green Matrix. Jadi pemilik kereta akan dapat pasif income minima RM200 sebulan untuk sebuah kereta.

Kalau kereta tiada hutang, bayaran adalah 50/50 setelah ditolak kos-kos repair dan servis kalau ada. Kontrak pajakan biasanya dibuat secara tahunan dan boleh diperbaharui secara automatik sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.

2. Sewakan Sendiri

Cara seterusnya adalah anda menyewakan sendiri kereta anda. Itu pun kalau anda ada masa untuk urus. Mungkin anda perlukan sedikit modal untuk membina laman web. Katakan anda tahu membina laman web sendiri, maka kos anda mungkin tidak sampai RM200.

Saya dulu pun bina laman web sendiri, kos beli domain dan hosting hanya RM50 + RM80 = RM130 (setahun). Masa tu (2008) saya guna Microsoft Frontpage untuk bina laman web. Tapi lepas tu saya upah programmer untuk buatkan laman web khas untuk saya, kos dalam RM1,500.

Bila perniagaan saya semakin berkembang, saya minta programmer naik taraf laman web syarikat saya. Sekarang ni laman web tu ada sistem tersendiri di mana pelanggan boleh dapatkan sebut harga secara layan diri, buat tempahan dan bayar secara online.

Staff syarikat saya atau licensee di syarikat saya hanya tekan beberapa butang saja untuk memproses tempahan kereta sewa. Kos pembinaan laman web berkenaan lebih RM30K. Anda tidak perlu keluar duit sebanyak itu. Mulakan ikut kemampuan.

Cuma cabaran yang anda akan hadapi adalah, di mana anda nak belajar bagaimana mengurus bisnes kereta sewa sekiranya berlaku masalah? Biasanya tiada pengusaha kereta sewa yang akan berkongsi ilmu dengan anda kerana mereka bimbang anda mengacau periuk nasi mereka.

Seterusnya anda terpaksa keluar kos yang banyak untuk mengiklan perkhidmatan anda. Kalau anda mengiklan di google ads RM10 sehari bermakna anda perlu keluar bajet sekurang-kurangnya RM300 sebulan untuk mengiklan sahaja.

Masalah seterusnya adalah anda berniaga sorang-sorang, tiada kawan-kawan yang akan support anda. Berniaga sorang-sorang ni tak seronok, bila ada masalah tak tahu nak tanya kat mana. Kalau kereta tak cukup, tak ada orang yang boleh support. Jadi nak grow tu lambat.

Masalah ini boleh diselesaikan kalau anda join program Bisnes Kereta Sewa yang syarikat saya perkenalkan. Modal hanya RM300 saja sebulan dan semuanya disediakan. Anda tak perlu fikir tentang nak bina laman web, nak buat marketing dan bina network.

Anda hanya perlu sediakan kereta dan buat duit secepat mungkin. Apabila pendapatan anda sudah mantap anda akan diajar bagaimana menggunakan pendapatan daripada kereta sewa untuk membeli hartanah dengan mudah. Untuk maklumat lanjut tentang program ini anda boleh klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

 
Analytic Code