Wahi Abd Rashid

BELI 2 HARTANAH RM385K DENGAN BISNES KERETA SEWA

Video ni saya rakam untuk share pengalaman bagaimana saya berjaya membeli hartanah dengan menggunakan pendapatan daripada bisnes kereta sewa. Sebenarnya anda boleh beli hartanah tidak kisah apa pun perniagaan yang anda jalankan.

Apa yang penting adalah anda boleh tunjukkan anda ada pendapatan yang konsisten dan cukup untuk membeli hartanah. Kunci bagaimana saya boleh membeli hartanah dengan mudah adalah kerana saya mempunyai akaun semasa.

Segala pendapatan daripada kutipan sewa, saya masukkan dalam akaun semasa. Seterusnya saya gunakan penyata akaun semasa untuk membeli hartanah. Alhamdulillah saya berjaya membeli 2 hartanah berharga RM175K (2008) dan RM210K (2010) = RM385K.

2 buah rumah yang berjaya dibeli daripada bisnes kereta sewa berharga RM385K

Apa yang paling menarik nilai harga rumah berkenaan sudah meningkat kepada RM400K + RM450K = RM850K. Baki hutang di bank masih ada RM290K. Sekiranya saya refinance kedua-dua rumah berkenaan pada kadar 80% maka saya akan mendapat RM850K x 80% = RM680K.

RM680K – RM290K = RM390K. Saya ada extra cash RM390K. Saya perlu menyimpan RM3,250 setiap bulan selama 10 tahun untuk ada duit sebanyak itu (anggap saja duit disimpan bawah bantal). RM3,250 x 120 bulan = RM390K.

Sudah tentu jumlah hutang saya meningkat daripada RM290K kepada RM680K dan ansuran bulanan meningkat daripada RM2,000 kepada RM3,400. Saya boleh gunakan RM390K extra itu untuk membeli rumah secara tunai dan kutip sewa RM1,500 sebulan.

Apa yang paling best pembelian rumah baru tidak dikenakan cukai kerana menggunakan duit bank. Untuk makluman, membeli aset menggunakan pinjaman bank tidak dikenakan cukai. Tetapi kalau anda membeli aset secara tunai dari duit simpanan, maka bersiap sedia menerima kunjungan LHDN.

Apa pun sebelum anda menggunakan teknik ini pastikan anda ada perancangan yang jelas. Silap langkah ia boleh memakan diri sendiri. Rumah-rumah yang saya beli, semuanya disewakan. Masalah yang biasa saya hadapi kadang-kadang rumah tiada penyewa.

Walau bagaimanapun saya masih dapat bertahan kerana ada pendapatan daripada bisnes kereta sewa yang dapat menampung ansuran rumah berkenaan kalau tiada penyewa dalam tempoh tertentu. Untuk lebih faham adan boleh tonton video di atas.

Klik SINI kalau anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa dengan modal RM1 sehari.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code