Wahi Abd Rashid

BEZA ORANG KAYA DAN ORANG BIASA

Saya selalu terima email, antara sebab ramai orang tak boleh nak memulakan perniagaan adalah, mereka selalu berkata tak ada modal, tak ada masa, tak ada ilmu tak ada itu dan ini. Sebenarnya itulah sebab banyak tidak boleh mendapat apa yang mereka nak.

Cuba anda sebut 2 perkataan ini.

  1. Aku tak ada modal
  2. Aku belum ada modal

Perktaan pertama biasa disebut oleh orang biasa. Mereka selalu berkata mereka tak ada itu dan ini. Sudahnya mereka tidak cuba berfikir bagaimana untuk mendapatkan modal. Perkataan kedua biasa disebut oleh orang kaya. Duit memang tak pernah cukup, tapi apa saja yang mereka nak mereka akan fikirkan bagaimana nak dapatkannya.

Bila kita ubah perkataan yang keluar dari mulut kita, Insya Allah kehidupan kita akan berubah. Untuk lebih faham tonton video di atas. Mulai sekarang cuba ubah perkataan yang keluar dari mulut anda. Insya Allah anda akan dapat apa yang anda mahu.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code