Wahi Abd Rashid

BISNES KERETA SEWA MODAL RM300 SEBULAN

Salam pos ni saya tulis untuk terangkan tentang program bisnes kereta sewa dengan modal RM300 sebulan. Program ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada anda yang ingin menjana pendapatan melalui bisnes kereta sewa dengan modal serendah RM300 sebulan.

Ramai yang bertanya RM300 sebulan ni bayaran untuk apa? Ok untuk memulakan bisnes kereta sewa terdapat 2 cara iaitu buat secara kecil-kecil (tak ada lesen) dan juga buat secara sah (ada lesen). Untuk memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan sangat mudah.

Anda hanya perlu wujudkan facebook pages atau bina laman web khas. Masalahnya terdapat beribu-ribu orang yang membuat benda yang sama. Jadi anda akan menghadapi masalah berikut.

  1. Terpaksa berperang harga.
  2. Mengadap pelanggan tak berkualiti
  3. Bisnes tunggang terbalik sebab tak ada sistem.
  4. Tak ada siapa nak rujuk.
  5. Buat bisnes penat saja, hasil tak ke mana.

Untuk memulakan bisnes kereta sewa berlesen pula, anda perlu ada modal sekurang-kurangnya RM300K.  Anda perlu daftar syarikat sdn bhd, mohon lesen pelancongan, sewa premis, bina laman web dan membeli kereta dan sebagainya. Kalau anda ada modal pun, bagaimana anda nak lawan otai-otai yang sudah lama di pasaran?

Jadi untuk menyelesaikan masalah berkenaan syarikat saya (Green Matrix®) memperkenalkan bisnes kereta sewa dengan modal RM300 sebulan. RM300 sebulan ni untuk apa? saya tak perlu terangkan sebenarnya. Dengan RM300 sebulan anda sudah boleh memulakan bisnes kereta sewa di bawah jenama Green Matrix®.

Green Matrix® merupakan antara syarikat kereta sewa terbesar di Malaysia. Kami berpengalaman lebih 12 tahun dalam perniagaan kereta sewa. Jadi kami sudah masak dengan selok-belok perniagaan ini. Anda tak perlu buang duit dan masa untuk membina jenama baru.

RM300 sebulan itu adalah untuk membolehkan Green Matrix® memberi sokongan kepada anda. Fokus anda hanya menyediakan kereta dan buat duit sebanyak mungkin daripada bisnes kereta sewa menggunakan jenama Green Matix®. Sungguh pun begitu anda perlu menjalani latihan untuk menjaga nama baik Green Matrix®. Latihan akan diberikan secara online atau anda hadir ke Pejabat Green Matrix.

Seperti yang anda sedia maklum, bisnes kereta sewa menjana duit yang sangat pantas. Anda boleh menyewa kereta secara harian, mingguan dan bulanan. Namun anda perlu ada perancangan yang jelas untuk masa depan. Sebuah kereta bernilai RM30K boleh menjana pendapatan RM1,500 sebulan.

Namun lama kelamaan nilai sebuah kereta semakin menurun dan susah untuk disewakan lagi. Secara purata usia kereta sewa boleh bertahan di antara 6 – 7 tahun sahaja bergantung kepada jenama dan cara penyewaan.

Wang berkenaan sekiranya diuruskan dengan baik, membolehkan anda membeli beberapa hartanah. Kami mensasarkan setiap peserta yang menyertai program ini akan dapat membeli sekurang-kurangnya 1- 2 rumah berharga RM500K dalam masa 12 – 24 bulan.

Kami mahu peserta mendapat nilai semaksimum mungkin dengan bayaran RM300 sebulan. Matlamat kami anda dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM15K sebulan, dapat membeli hartanah sekurang-kurangnya RM500K dalam masa 12 – 24 bulan dan ada lebih banyak masa.

Sugguhpun begitu kejayaan program bergantung kepada komitmen dan kedudukan kewangan peserta. Sekiranya anda merasakan program ini sesuai dengan anda dan komited untuk berjaya, maka anda boleh mendaftar melalui link ini. Klik SINI.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code