Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA SAYA TAHU ANDA BUTA ATAU CELIK KEWANGAN?

Assalamualaikum,

Kali ini saya hendak berkongsi teknik yang saya selalu gunakan untuk menilai tahap ilmu kewangan seseorang. Saya perlu tahu tahap ilmu kewangan seseorang itu kerana dari situ saya boleh menyesuaikan cara saya bercakap mengikut tahap pemikiran mereka. Bila dah tahu tahap orang itu zerobeginner, intermediate ataupun advanced maka cara penyampaian pun agak berlainan. Saya tidak mahu ada yang melopong bila saya bercerita sesuatu yang agak complicated untuk diterima.

APA TEKNIKNYA

Baiklah teknik yang saya gunakan adalah dengan bertanya soalan berikut

Adakah tuan kenal Robert Kiyosaki?

Saya berkemungkinan mendapat 2 jawapan iaitu

  1. Ya, bermakna orang yang ditanya pernah membaca buku-buku atau menonton video Robert Kiyosaki.
  2. Tidak, maka saya tahu orang berkenaan mungkin tidak pernah membaca buku-buku kewangan.

SIAPA ROBERT KIYOSAKI?

Di dalam buku Hijrah Menjadi Usahawan saya ada menceritakan bagaimana buku-buku Robert Kiyosaki mengubah pemikiran saya tentang kewangan.

Secara ringkasnya Robert Kiyosaki merupakan seorang warga Amerika Syarikat dan tinggal di Hawai. Bapanya seorang guru dan ibunya seorang jururawat. Beliau juga rapat dengan bapa kepada rakan sekelasnya, Mike. Bapa Mike merupakan seorang usahawan yang sedang meningkat naik di kepulauan Hawai pada masa itu.

Sejak dari kecil beliau hairan, walaupun berpendidikan tinggi dan mempunyai jawatan yang besar, bapa kandungnya sering menghadapi masalah kewangan. Sementara itu bapa Mike, walaupun tidak habis belajar di sekolah, namun kekayaannya semakin bertambah dari masa ke semasa.

Bapa kandung Robert Kiyosaki yakin dengan konsep belajar rajin-rajin, masuk universiti, dapatkan kerja yang bagus dan hidup anda pasti bahagia dan terjamin. Sementara itu bapa Mike berpendapat sistem pendidikan yang ada (ketika itu 1960 an) hanya melatih manusia untuk menjadi hamba, bukan orang kaya. Justeru bapa Mike lebih banyak belajar ilmu yang tidak diajar di sekolah, seperti bagaimana untuk membangunkan perniagaan, bagaimana menggunakan aliran wang perniagaan untuk membeli hartanah, dan bagaimana menggunakan keuntungan daripada pelaburan hartanah untuk membeli saham-saham yang memberi pulangan pasif kepadanya.

Setelah kedua-duanya mati, bapa Robert Kiyosaki tidak meninggalkan apa-apa selain hutang keliling pinggang, manakala bapa Mike meninggalkan wang beratus juta dolar, rumah sewa, hotel dan perniagaan kepada anak-anaknya. Bapa Mike juga banyak menghulurkan derma ketika hidup dan beliau menubuhkan yayasan khas untuk terus menyalurkan derma walaupun telah mati.

Perbezaan ketara di antara kedua-dua individu berkenaan membuatkan Robert Kiyosaki bertekad tidak mahu mengikut jejak langkah bapa kandungnya. Dia mahu menjadi kaya raya seperti bapa Mike. Kini Robert Kiyosaki merupakan usahawan yang berjaya. Beliau terlibat di dalam pelaburan hartanah, carigali minyak, saham, dan pelbagai perniagaan yang menjana wang jutaan dolar setiap bulan. Beliau juga banyak menulis buku bagi berkongsi pengalamannya membangunkan perniagaan. Buku-bukunya telah mengubah pemikiran berjuta orang di dalam aspek pengurusan kewangan di seluruh dunia.

ANDA TIDAK KENAL ROBERT KIYOSAKI MAKSUDNYA?

Robert Kiyosaki boleh dikatakan terkenal di seluruh dunia, bagi mereka yang belajar ilmu pengurusan kewangan, nama beliau memang tidak asing lagi. Jadi sekiranya seseorang itu tidak mengenali Robert Kiyosaki, maka boleh dikatakan dia tidak mengetahui langsung ilmu kewangan. Jadi tidak hairanlah mereka akan menjadi seperti bapa kandung Robert Kiyosaki yang hanya tahu bekerja keras, selalu menghadapi masalah kewangan dan akhirnya mati dibebani hutang. Sekiranya mereka mengenali Robert Kiyosaki, Insya Allah sedikit sebanyak ilmu pengurusan kewangan itu mungkin ada. Mereka mungkin cuba mengikut jejak langkah beliau, belajar bagaimana memastikan wang bekerja keras untuk mereka.

Jadi sekiranya anda tidak mengenali, Robert Kiyosaki, cuba masuk di dalam laman youtube dan taip “Robert Kiyosaki”. Banyak video-video percuma yang dikongsikan beliau tentang pengurusan kewangan. Salah satunya

2 Thoughts on “BAGAIMANA SAYA TAHU ANDA BUTA ATAU CELIK KEWANGAN?

  1. zainal rapaee on October 14, 2013 at 8:16 am said:

    assalamualaikum…

    kamek berasal dari kuching…tapi kinek tok kerja n menetap di Mukah,sebagai juruteknik komputer. dari cerita kitak pasal robert kiyosaki tok kamek nak tanyak ada sik nyapun buku dalam edisi bahasa melayu.al maklumlah…mun dalam BI tok pemahaman ya kadang2 xkesampaian…lain gik diterjemah kelak…terima kasih ada maklumat dan perkongsian kitak dalam website kitak..semoga kitak akan terus berjaya dan berkongsi lebih banyak rahsia kejayaan kitak untuk manfaat orang yang baruk nak mencuba dan belajar seperti kamek tok ..dan kamek juak mohon sekiranya dibenarkan untuk bersoal jawab dengan kitak secara email atau chat untuk setiap persoalan yang kamek fikirkan di masa akan datang…terima kasih…

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code