Wahi Abd Rashid

KISAH CIKGU FAUZIATI

Cikgu Fauziati Ab Wahab merupakan rakan niaga Green Matrix di Mersing sejak tahun 2013. Semasa menyertai Green Matrix, beliau menghadapi masalah kewangan yang pada pemikirannya sangat berat. Semasa belajar di universiti, beliau pernah membuat pinjaman membeli komputer dengan sebuah syarikat. Malangnya beliau gagal meneruskan pengajian dan gagal membayar pinjaman berkenaan.

Tanpa beliau sedari, nama beliau telah disenarai hitamkan oleh syarikat berkenaan. Jumlah pinjaman semakin lama semakin meningkat sehingga mencecah RM8K. Beliau yang baru memulakan pekerjaan sebagai guru ketika itu merasakan jumlah berkenaan terlalu besar dan hampir mustahil untuk diselesaikan. Di tambah dengan kematian bapanya pada masa itu, beliau terpaksa menyara keluarganya.

Nak buat pinjaman peribadi tak dapat, nak beli kereta pun tak dapat. Satu-satu caranya adalah beliau perlu mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyelesaikan hutangnya itu. Dalam banyak-banyak perniagaan beliau memilih untuk memulakan bisnes kereta sewa, memandangkan ada keluarganya yang berjaya dalam perniagaan berkenaan.

Beliau memilih untuk menyertai program licensing kereta sewa Green Matrix. Memandangkan beliau tiada modal, beliau hanya mampu membayar yuran RM500 dan bakinya dibayar secara ansur-ansur. Dengan ilmu dan sistem yang diberikan, beliau berjaya menjana pendapatan sehingga RM30 – 40K sebulan.

Walau pun tiada kereta, beliau banyak fokus mencari pelanggan dan mendapatkan tempahan sebanyak mungkin. Apa yang beliau buat adalah beliau bekerjasama dengan ramai pengusaha kereta sewa di kawasan sekitarnya. Kalau dapat tempahan beliau akan ambil kereta orang lain dan makan komisen.

Dalam masa beberapa bulan, beliau berjaya menyelesaikan hutangnya dengan syarikat berkenaan. Memandangkan beliau berusaha menyelesaikan hutangnya itu, maka syarikat itu memberikan diskaun sebanyak RM2K, jadi baki yang perlu dibayar hanya RM6K sahaja.

Sebaik sahaja namanya sudah clear, beliau mula membeli kereta sendiri. Pendapatannya terus meningkat sehingga beliau mampu membawa ibunya tinggal bersamanya di Mersing. Bagi membantu perniagaannya, beliau turut membawa adik-beradiknya bekerja dan tinggal bersamanya di Mersing.

Malangnya perniagaannya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekerja sehingga beliau mendapat amaran daripada majikan. Beliau masih sayangkan pekerjaannya sebagai guru, jadi beliau minta kakaknya menguruskan perniagaan kereta sewa, sementara beliau kembali fokus kepada pekerjaannya sebagai guru.

Beliau menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam Green Matrix untuk mengembangkan profesionnya sebagai guru. Hasilnya beliau dianugerahkan sebagai guru cemerlang pada tahun 2018. Beliau juga telah membawa anak muridnya ke luar negara dalam pertandingan robotik dan memenangi pertandingan berkenaan.

Kini beliau dilantik sebagai coach untuk mengajar guru-guru lain supaya menjadi guru cemerlang. Beliau bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan kereta sewa di Mersing dan memiliki sebuah resort di sana. Begitulah serba sedikit kisah Cikgu Fauziati Ab Wahab yang pada mulanya menghadapi masalah kewangan, kini berjaya menjadi guru cemerlang, dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada keluarganya dan membantu ramai orang.

Pastinya beliau menghadapi pelbagai cabaran semasa menjalankan perniagaan kereta sewa, namun dengan ilmu dan sistem yang betul semua cabaran berkenaan dapat dihadapi dengan mudah. Harap anda mendapat inspirasi dengan kisah ini.

Comments are closed.

Post Navigation

Analytic Code