Wahi Abd Rashid

Q & A LICENSING BISNES KERETA SEWA

Salam hormat, artikel saya tulis untuk jawab soalan yang selalu ditanya tentang program licensing bisnes kereta sewa.

Apa Itu Program Licensing Bisnes Kereta Sewa?

Licensing ni dalam bahasa mudahnya sama macam francais. Walau bagaimanapun francais ni tertakluk kepada Akta Francais Malaysia, licensing ni ianya tidak tertakluk kepada mana-mana akta.

Ada syarikat berkembang melalui sistem francais contohnya Mc Donald, KFC, Petronas dan sebagainya, ada syarikat berkembang melalui sistem licensing contohnya Walt Disney, Rich Dad Company. Warner Bros dan sebagainya.

Bagi bisnes kereta sewa berikut merupakan syarikat yang menawarkan sistem francais dan modal yang diperlukan untuk turut serta.

  • Hertz : >RM 1.0 Juta (di Malaysia dimiliki oleh Sime Darby)
  • Sixt : >RM2.0 Juta (Tiada di Malaysia)
  • Avis : >RM2.0 Juta (di Malaysia dimiliki oleh DRB Hicom)
  • Mayflower : >RM250,000 (Di miliki oleh Tan Chong Motor)

Harga di atas adalah yuran francais sahaja (lesen, training, sistem dan sewaan serta renovasi premis), tidak termasuk fleet (kereta lagi). Biasanya yuran francais sangat mahal kerana proses untuk mendapatkan lesen francais tidak mudah.

Sekiranya anda perhatikan jenama-jenama di atas di miliki oleh pengedar kereta seperti Sime Darby adalah pengedar untuk Ford dan Hyundai, DRB Hicom adalah pengeluar Proton, Tan Chong Motors Berhad pula adalah pengedar Nissan. Pendek kata francais kereta sewa di miliki oleh syarikat besar sahaja.

Kalau Saya Nak Buat Bisnes Kereta Sewa Sendiri Berapa Modalnya?

Untuk memiliki syarikat kareta sewa anda perlu.

  1. Daftar syarikat Sdn Bhd (kos RM5,000).
  2. Ada modal berbayar RM200,000.
  3. Memohon lesen dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (kos RM1,000).
  4. Sekiranya permohonan lulus, anda perlu sediakan premis perniagaan (kos RM20,000).
  5. Anda perlu hadir kurus agensi pelancongan (kos RM750).
  6. Anda perlu menjadi ahli persatuan agensi pelancongan (kos RM750).

Sekiranya segala syarat-syarat di atas lengkap, anda akan diberikan lesen pelancongan. Setelah mendapat lesen, anda boleh memohon permit kereta sewa pandu daripada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) untuk semenanjung dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Negeri untuk Sabah, Sarawak & Labuan.

Semua kenderaan perlu dibeli di bawah nama syarikat, sekiranya anda ingin mendapatkan pinjaman bank, anda perlu menunjukkan akaun syarikat yang sudah diaudit (mesti ada untung) atau mempunyai cagaran yang mencukupi.

Sungguh pun begitu, sebelum anda membeli kereta, pastikan anda mempunyai pelanggan yang cukup, supaya anda boleh bayar ansuran bulanan dan kos operasi syarikat. Terbaik anda perlu ada laman web atau facebook pages untuk memudahkan proses tempahan. Kos laman web bermula dari RM1,000.

Ada laman web & facebook pages, tetapi tiada pemasaran, tiada gunanya. Jadi anda perlu ada bajet untuk pengiklanan dan pemasaran. Secara keseluruhan anda perlu ada modal sekurang-kurang RM300,000 untuk memiliki dan running syarikat kereta sewa.

Program Licensing

Ada syarikat kereta sewa yang berkembang melalui program licensing. Biasanya syarikat ini sudah mempunyai lesen, sistem, jenama dan pelanggan sedia ada. Licensing membolehkan syarikat ini berkembang dengan lebih pantas pada kos yang lebih rendah.

Selain itu licensing juga menjana pendapatan kepada licensor. Kebaikan program licensing adalah yuran penyertaan lebih rendah berbanding yuran francais. Syarat-syaratnya juga lebih longgar dan kurang risiko. Green Matrix merupakan salah satu syarikat yang menawarkan program licensing.

9 Kelebihan Program Licensing Green Matrix?

  1. License tidak perlu mohon lesen pelancongan, gunakan lesen Green Matrix (No Lesen : KPK7944) yang sudah ada sahaja. License dapat jimat banyak duit dan boleh fokus untuk buat pemasaran dan beli kereta sahaja.
  2. License tidak perlu mempunyai pejabat, boleh beroperasi di rumah atau di mana sahaja kerana sistem Green Matrix 100% online. Mempunyai pejabat adalah satu kelebihan, bukan kewajipan.
  3. Jenama Green Matrix sudah dikenali dan dipercayai ramai. Green Matrix merupakan syarikat kereta sewa yang mempunyai rating tertinggi di dunia. Green Matrix merupakan pembekal kereta sewa untuk Air Asia dan Expedia sejak tahun 2013. Sehubungan itu licensee lebih mudah dapat pelanggan dan pelabur (pajakan kereta).
  4. Jaringan rakan licensee yang luas. Sekiranya ada masalah seperti tak cukup kereta, kereta rosak atau apa sahaja pihak syarikat dan juga rakan-rakan licensee sedia membantu.
  5. Green Matrix mempunyai sistem laman web yang canggih dan selamat yang memudahkan licensee memproses tempahan kereta sewa dengan mudah dan pantas. Licensee tidak perlu pening kepala lagi untuk membina laman web yang memakan masa bertahun untuk siap.
  6. Green Matrix mempunyai sistem CTOS (Credit Tip Of Customer Service). Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini yang melibatkan tuntutan seperti saman, tuntutan kerosakan kereta dan sebagainya, peserta boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma. Yuran CTOS adalah sebanyak RM7,000 setahun.
  7. Green Matrix mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan Malaysia (No Lesen : KQ7098053315160329). Licensee boleh memohon tender kerajaan yang ditawarkan di seluruh Malaysia. Buat masa ini Green Matrix adalah pembekal kereta sewa untuk pihak Kastam.
  8. Licensee boleh belajar terus dari jutawan kereta sewa Tuan Wahi Abd Rashid yang sudah terbukti berjaya. Jalan mudah untuk berjaya adalah belajar daripada orang yang sudah berjaya.
  9. Green Matrix mempunyai pasukan terlatih yang sedia membantu licensee sekiranya ada sebarang masalah atau kemusykilan. Syarikat yang mempunyai pasukan yang komited akan bertahan walaupun pengasasnya tiada lagi.

Kalau saya join licensing, adakah perniagaan saya sah? 

Ya perniagaan anda adalah sah kerana anda adalah licensee kepada Green Matrix. Anda boleh menggunakan lesen Green Matrix untuk menjalankan perniagaan kereta sewa. Anda juga boleh memohon tender kerajaan atau apa sahaja projek yang berkaitan dengan kereta sewa.

 

Lesen Pelancongan daripada Kemenerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia

Saya tiada kereta, bolehkah saya join licensing?

Boleh, konsep perniagaan Green Matrix tidak sama seperti syarikat lain. Kami menggalakkan anda memulakan dengan apa yang ada ditangan dahulu. Ramai licensee yang menyertai program licensing tidak mempunyai sebarang kereta. Mereka berkembang sedikit demi sedikit.

Buat permulaan anda boleh mengambil kereta secara out source daripada licensee sedia ada, kontrak pajakan daripada individu atau syarikat atau membeli di bawah syarikat anda sendiri.

Green Matrix hanya membekalkan kereta kepada anak syarikat atau licensee yang layak sahaja. Kelayakan diukur daripada kesungguhan, jumlah kutipan sewa dan pematuhan SOP syarikat.

Saya dah run bisnes kereta sewa bolehkah saya gunakan jenama saya sendiri lepas join licensing?

Tidak boleh. Sekiranya anda ingin gunakan jenama anda sendiri kenapa anda perlu join licensing? Kunci kejayaan licensing adalah untuk menggunakan jenama yang sudah dikenali dan dipercayai supaya dapat lebih ramai pelanggan.

Contohnya anda berniaga ayam goreng, kemudian anda masuk francais KFC, tetapi anda masih nak guna jenama anda sendiri? Sudah tentu KFC tidak benarkan kerana akan berlaku kecelaruan identiti.

Apa beza Green Matrix dan My Campus

Secara umumnya terdapat 2 jenis program licensing yang ditawarkan iaitu 1. Green Matrix di mana ianya fokus kepada pelanggan premium yang terdiri daripada pelancong, syarikat korporat dan juga agensi kerajaan (ada 6% GST).

2. My Campus pula fokus kepada pelanggan berbajet rendah yang terdiri daripada pelajar universiti dan orang awam (tiada 6% GST). Kedua-dua program mempunyai sasaran pelanggan dan sistem laman web yang berbeza.

Berapa yuran licensing Green Matrix?

Klik SINI untuk mendapatkan harga terkini yuran licensing.

Apa yang saya dapat?

  • Salinan lesen Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Lesen Kementerian Kewangan Malaysia dan template dokumen perniagaan bernilai RM200,000.
  • Modul pengurusan bisnes kereta sewa bernilai RM10,000.
  • Rakaman video tutorial pengurusan bisnes kereta sewa bernilai RM10,000
  • Live video coaching bersama Tuan Wahi Abd Rashid  bernilai RM10,000.
  • Support group telegram bernilai RM10,000.
  • Email rasmi syarikat (unlimited quota) bernilai RM2,500.
  • Sistem laman web kereta sewa bernilai RM30,000.
  • 500 keping bisnes kad bernilai RM100.
  • 4 helai t-shirt syarikat bernilai RM100.
  • Kemudahan penggunaan sistem Credit Tip Of Services (CTOS) bernilai RM7,000 setahun.

Apa lagi saya kena bayar?

Syarikat akan mengambil 2 bayaran berikut untuk terus memberikan khidmat kepada peserta program.

  1. Yuran keahlian RM250 (setahun).
  2. Royalti 5% daripada pendapatan licensee.

Kalau saya mahu maklumat lebih lanjut bagaimana?

Anda boleh hubungi pengurus cawangan Green Matrix berikut sekiranya ada pertanyaan atau kemusykilan.

  1. Perlis : Tuan Yusmizar Yob : +97455400642
  2. Langkawi : Tuan Muhamad Azuan Zakaria : +60126035806
  3. Kedah : Tuan Muhammad Hafiz Bin Nasarudin : +60169245797
  4. Perak : Tuan Mohd Hafiz Musa : +60133943579
  5. Pulau Pinang : Tuan Muhammad Amirul Zamri : +60162327113
  6. Selangor : Tuan Muhammad Amirul Zamri : +60162327113
  7. Kuala Lumpur : Tuan Azmi Isa : +60163039318
  8. Melaka : Tuan Muhammad Amirul Zamri : +60162327113
  9. Negeri Sembilan : Islee Madzzuki Bin Ghafar +601127232447
  10. Johor : Tuan Fadly Tahir : +60177080824
  11. Pahang : Tuan Ashraf Jiwa : +60187757176
  12. Terengganu : Tuan Fazrol Che Isa : +601110922969
  13. Kelantan : Cik Fauziati Wahab +60196562564
  14. Kuching : Tuan Mohamad Salman Bin Bustamam +60168880244
  15. Sibu : Cik Helena Engkasan +60128033002
  16. Bintulu : Cik Helena Engkasan +60128033002
  17. Miri : Tuan Khaidzir Abdul Kadir +60128888744
  18. Kota Kinabalu : Tuan Humam Azmi +60129214242
  19. Sandakan : Tuan Muhammad Nizamuddin Mohamad +60132002361
  20. Kudat : Tuan Salleh +6049109897
  21. Tawau : Tuan Herman Renreng +60198714788
  22. Labuan : Tuan Junaidi Narajik : +60198967022

Untuk My Campus anda boleh hubungi Tuan Aliff Firdaus : +60137104487

Bagaimana saya mahu mendaftar?

Anda boleh memohon melalui link berikut, Kelulusan berdasarkan kekosongan dan persetujuan pihak syarikat. Klik SINI.

Leave a Reply

Post Navigation

 
Analytic Code