Wahi Abd Rashid

CERITA BISNES KERETA SEWA

Salam hormat,

Artikel ni saya tulis sebab banyak sangat terima request dari individu yang mahu tahu tentang bisnes kereta sewa terutamanya program licensing. Ok untuk explain benda ni baik saya cerita dari awal.

Bagaimana Saya Bermula?

Saya memulakan bisnes kereta sewa sejak tahun 2006. Salah satu sebab saya memulakan perniagaan berkenaan adalah untuk cari extra income. Bermula dengan 2 buah kereta kancil terpakai, saya mula kembangkan perniagaan kereta sewa sedikit demi sedikit.

Kereta pertama yang dibeli

Alhamdulillah bisnes kereta sewa yang saya jalankan mendapat sambutan. Bilangan kereta pun dah bertambah, pada tahun 2010 saya dah ada 70 buah kereta sewa. Customer pun dah mula banyak. Saya mula dapat tempahan untuk sewaan kereta di luar Bintulu seperti Miri.

Problem terbesar saya adalah nak deliver kereta ke Miri bukannya mudah, jarak dari Bintulu ke Miri lebih kurang 200 KM. Pergi balik habis masa 1 hari. Kalau sewa sehari memang tak berbaloi nak hantar. So apa yang saya buat adalah saya deal dengan pengusaha kereta sewa di Miri dan ambil komisen sikit.

Urusniaga berkenaan tak semudah itu, banyak kali juga, bila tarikh booking dah dekat, pengusaha kereta sewa tu terus lesap, call tak angkat, mesej tak balas, memang tak profesional betul. Ada juga kes, customer saya minta deliver kereta ke hotel, boleh pula pengusaha tu tak mahu hantar kereta ke hotel.

Polisi syarikat katanya, last-last terpaksa saya turun dari Bintulu, pick up kereta di pejabat pengusaha berkenaan dan hantar kepada customer. Ok ingat dah settle, sekali pengusaha tu call pula, customer tu bawa kereta keluar daripada kawasan yang dibenarkan dan kena bayar extra.

Adoi, ingatkan boleh dapat untung, sekali saya pula yang kena top up. Mentang-mentang la company saya ni masih kecil, derang buli saya. Sikap tak profesional, tak bertimbang rasa, banyak kos tersembunyi membuatkan saya bertekad nak ada cawangan sendiri di Miri.

Lama juga saya berfikir, macamana saya nak buka cawangan di Miri? Apa yang saya nampak adalah, sewa sebuah rumah di sana, hantar sorang staff, letak kereta 5 biji dan biar dia run. Congak punya congak, sewa rumah + gaji staff + installment 5 biji kereta mahu habis dekat RM5K sebulan.

Planning memang nampak simple, tapi staf ni adalah staf, dia bukan peduli pun cawangan di Miri tu ada sales atau tidak. Janji gaji jalan, dia ok saja, so saya sebagai pemilik perniagaan kena fikir masak-masak, kalau tidak pening kepala nak bayar kos operasi di Miri.

Jumpa Pak Haji

Dipendekkan cerita, suatu hari saya terjumpa sorang pak haji, kami selalu jumpa sebab saya rajin pergi seminar keusahawanan di Miri. Masa seminar, dia selalu perhatikan saya, rupanya dia berminat untuk buat bisnes kereta sewa. Dia mahu setup bisnes tu untuk anaknya di Miri.

Anaknya tu ada juga buat beberapa bisnes lain tapi banyak tak menjadi. Bagus juga kalau saya dapat bekerjasama dengan pak haji ni. Saya pun memang nak setup cawangan di Miri. Lepas berbincang, saya setuju untuk ajar anaknya dengan syarat dia mesti guna jenama Green Matrix. Kami bermula pada pertengahan tahun 2011.

Guna jenama Green Matrix lebih mudah sebab pelanggan dah kenal. Dokumen semua dah ada. Jadi saya pun setup laman web www.car-rental-miri.com dan tolong buat marketing. Kereta saya cakap pakai je dulu kereta apa yang mereka ada, tak perlu beli dulu.

Kalau ada tempahan di Miri, saya minta mereka uruskan. Alhamdulillah tempahan kereta sewa di Miri makin lama makin meningkat. Dalam masa setahun, cawangan di Miri sudah ada 8 buah kereta.

Play Safe

Masalah anak pak haji ni pula, dia ni jenis play safe, bila kereta semua dah habis disewa, dia tak akan ambil order lagi. Banyak customer call nak buat tempahan dia tolak. Umpama macam orang nak bagi duit, tapi dia cakap tak mahu.

Masa tu semua keretanya disewa untuk long term (leasing). So sedap la dia, goyang kaki tiap bulan dapat duit sewa kereta. Saya yang pening sebab customer memang frust sebab bila call kereta memang tak ada. Anak pak haji ni tak ada pula usaha nak cari kereta dari pengusaha lain untuk back up.

Jadi timbullah idea untuk ambil rakan niaga lain untuk tampung permintaan yang semakin banyak. Anak pak haji ni saya lantik sebagai leader la dekat Miri. So kalau kereta dia tak cukup, dia boleh ambil dari rakan niaga yang baru join. Rakan niaga yang baru ni pun boleh la buat marketing sendiri.

Tapi perangai anak pak haji ni masih sama, kalau kereta dia dah habis, dia tak akan ambil kereta orang lain. Pada saya ini tak bagus pada bisnes saya, ada kes yang buat saya betul-betul marah bila dia reject tempahan dari agent luar negara. Kita dah deal baik punya dengan agent tu, dia boleh pula reject macam tu saja.

Bila tanya rakan niaga lain, ada tak leader di Miri ni tanya kereta dari derang? mereka jawab tak ada. So perangai dia dah macam kebanyakan pengusaha kereta sewa lain, kereta habis, dia lepas tangan. Call tak angkat, mesej tak balas.

So saya ambil keputusan, pecat dia sebagai leader di Miri dan ganti orang lain. Moralnya dekat sini, kalau nak jadi rakan niaga Green Matrix janganlah fikirkan diri sendiri saja. Ada rezeki lebih kongsi dengan orang. Marketing tetap kena buat, jangan terlalu selesa dan play safe.

So apa yang berlaku kepada anak pak haji tu, bisnes dia makin slow dan last-last terpaksa jual semua keretanya. Saya pun rasa serba salah, saya dah usaha beri bisnes kepadanya, tapi kalau orang tu sendiri yang tak sedia terima rezeki yang banyak, lama-lama rezeki tu pun akan ditarik balik.

Jangan Lupa Diri

Berbalik kepada leader baru yang dilantik, pada awalnya memang bagus, bisnes dia slowly grow. Daripada seorang kakitangan kerajaan, dia boleh berhenti kerja dan buat bisnes kereta sewa full time. Alhamdulillah hidupnya banyak sangat berubah.

Saya tak pasti apa yang berlaku, dia memang betul-betul berubah. Last dia cakap syarikatnya ada bank sendiri. Terkejut beruk juga saya, macamana dia boleh ada bank sendiri? Rupanya dia join skim cepat kaya. Tak lama lepas tu dia mula menghilangkan diri sebab ramai orang cari.

Then saya terpaksa cari orang lain untuk ganti leader cawangan di Miri. Moralnya di sini, bila dah hidup senang tu, janganlah buat perkara yang pelik-pelik. Formula nak jadi kaya simple saja, buat bisnes, cash flow kasi laju, jaga profile peribadi dan beli property banyak-banyak.

Sifu saya pesan, kalau orang kaya tak buat benda tu, so kita tak perlu la nak buat. Banyak je peluang bisnes yang akan datang, tengok ada tak orang kaya yang join bisnes tu, kalau tak ada fikir masak-masak sebelum join. Saya pun sama, dari dulu buat bisnes kereta sewa, slow-slow beli property.

Kembangkan Program Licensing

Saya terus kembangkan bisnes kereta sewa melalui program licensing. Ada yang berjaya, lepas tu melingkup, ada yang masuk, tak dapat apa-apa, ada yang masuk maintain saja bisnes kereta sewa mereka dari dulu sampai sekarang. Memang ada naik dan turun.

Apa yang penting adalah kami tetap move on, fokus utama adalah pelanggan. Ingat kenapa saya buat licensing? saya buat licensing supaya pelanggan dapat merasai kualiti servis Green Matrix yang sama tidak kira di mana.

Saya mahu pelanggan dilayan secara profesional, penuh tanggungjawab, tiada unsur penipuan dan fokus untuk mudahkan urusan pelanggan. Program licensing dapat kurangkan kos saya membuka cawangan sendiri, menggunakan sumber yang ada dan membuka peluang perniagaan kepada orang lain.

Permintaan untuk join program licensing dari masa ke semasa terus meningkat. Ada yang masuk sebab betul-betul nak buat bisnes kereta sewa, ada yang masuk sebab nak cuba-cuba saja, ada yang masuk sebab dah run bisnes kereta sewa tapi tak ada sistem dan ada banyak masalah.

Siapa Yang Akan Berjaya?

Dalam banyak-banyak licensee yang masuk, saya perhatikan licensee yang berjaya adalah mereka yang betul-betul komited dengan bisnes kereta sewa. Mereka mempunyai satu reason yang cukup kuat, macam saya dulu reason saya buat bisnes kereta sewa adalah untuk jana extra income.

Belajar tinggi-tinggi, kerja bagus, gaji boleh tahan, tapi duit selalu tak cukup. Nak balik beraya pun tak ada duit, benda tu yang buat saya betul-betul nak ubah hidup. Memang ada banyak cabaran, kereta accident, kereta hilang, kena tipu, marketing tak menjadi, masalah persaingan dan macam-macam lagi.

Tapi Alhamdulillah saya konsisten buat, datang masalah saya cari jalan penyelesaian, nampak peluang, saya usaha macamana nak ambil peluang tu. Kalau yang masuk licensing ni sekadar nak cuba-cuba, peluang nak berjaya tu tipis sangat. Ada masalah je terus down dan give up.

Ada pula bila dah berjaya, fokus dah hilang, masuk skim tu, masuk skim ni, last-last yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat. Ada yang dah berjaya, rasa diri dah besar, slow-slow buat borang sewa sendiri, tipu sales dan tak bayar royalti.

Bila saya tendang keluar, mula buat fitnah, kata dia kena tipu. Padahal dia yang menipu. Saya diam saja, fokus utama saya adalah pelanggan. Apa saja request licensee syarikat cuba penuhi, licensee nak ada lesen, kita buat, licensee nak ada laman web canggih, kita buat, Kos tak payah cerita, ratus ribu habis.

GST

1 April 2015 GST mula diperkenalkan, memang bisnes kami menerima kejutan yang amat sangat. Kos operasi meningkat, dulu sorang boleh handle account, lepas GST kena ada 4 orang staff untuk handle GST. Kita kan tukang kutip cukai je, silap rekod tak pasal kena denda.

Bila kena GST, kadar sewa of course la naik. Kalau RM100 customer kena la bayar RM106. Tak banyak kan? Cuba korang sewa long term RM3000 + 6% GST= RM3,180. Customer confirm berat nak bayar, so kita kena la absorb RM3,000 termasuk GST. So kita dapat RM2,830 GST RM170.

GST bukan saja meningkatkan kos (kena tambah staff account), syarikat kena bayar pula sistem yang mahal untuk handle GST. Profit margin pun makin kecil. Apa yang bagusnya GST ni buatkan syarikat dapat rekod income dengan betul. Yang tak bagusnya untung makin nipis.

Hal GST ni bukan di dalam kawalan kita, apa yang kita boleh kawal adalah diri kita sendiri. Bagusnya bisnes kereta sewa adalah Malaysia ni adalah antara tumpuan pelancong. Nilai ringgit jatuh, adalah peluang kepada pengusaha yang berurusan dengan pelanggan luar negara.

Alhamdulillah, Green Matrix banyak pelanggan luar negara. Dengan reputasi syarikat yang baik, network yang luas. Sebahagian besar pelanggan Green Matrix adalah pelancong luar negara. Pelanggan luar negara ni bagusnya dia tak kisah sangat pasal duit. Asalkan servis bagus dah ok.

Nak Join Green Matrix?

So banyak la nak join Green Matrix, nampak macam bagus je. Banyak la soalan yang saya terima. Antaranya kalau saya tak ada kereta macam mana? adakah Green Matrix akan beri saya kereta? Saya perlu sediakan pejabat ke? Apa yang saya dapat kalau join program ni?

Ok nak explain dengan mudah macam ni. Untuk buat syarikat kereta sewa berlesen anda perlu.

  1. Daftar syarikat Sdn Bhd (kos RM5,000)
  2. Mesti ada modal berbayar RM200,000.
  3. Perlu mohon lesen pelancongan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  4. Kalau permohonan lulus, anda perlu sediakan premis perniagaan (kos paling kurang RM20,000).
  5. Perlu hadir kursus pelancongan (kos RM750)
  6. Perlu jadi ahli persatuan pelancongan (kos RM750)
  7. Dah cukup semua syarat semua, baru dapat lesen.

Belum habis kat situ lagi, dah ada lesen, nak buat apa lagi? Cari customer la. Macam mana nak dapat customer? at least korang kena ada website atau facebook pages. Tempahan sikit-sikit boleh layan la secara manual.

Kalau dah banyak korang kena ada sistem. Sistem laman web kereta sewa ada banyak dijual di pasaran, mula dari RM1,000 sampai RM30,000. Tengok berapa canggih laman web korang. Macam Green Matrix kos yang dibelanjakan pun dah lebih Rm30,000.

Dah ada customer, kena la ada kereta. Semua kereta kena ada permit kereta sewa. Kos permit tak mahal, tapi kereta kena beli under company. Nak beli under company bank mesti nak tengok audited account terkini. Berapa banyak modal company ada (tu penting ada paid up capital RM200K).

Jangan lupa buat marketing, ada laman web dan facebook pages, tapi tak buat marketing, beli kereta pun tak guna. Siapa nak bayar installment, sewa office, upah company secretary bagai? So nampak tak berapa banyak kos korang nak kena spend untuk buat bisnes kereta sewa?

Paling tidak korang kena stand by RM300K. Itu belum tentu boleh berjaya, persaingan pun banyak. So bila ada yang cakap yuran yang saya caj mahal, saya senyum je la. Kalau rasa mahal try la buat sendiri.

Bila join Green Matrix, korang tak payah nak pening kepala dah pasal nak daftar syarikat sdn bhd, apply lesen, sediakan office, buat website, belajar marketing bagai. Semua dah complete, lesen, laman web, training, brand, team, dan proven sistem.

Kerja korang just buat marketing, belajar cari customer dulu, tak ada kereta tak apa, sebab boleh ambil kereta dari licensee terdekat, mulakan dengan apa yang ada dulu. Nak Green Matrix bagi kereta, boleh tak ada masalah,

Tapi macamana nak bagi kereta kalau korang tak boleh cari customer? Boleh ke bayar installment kereta tu? Nak train orang ni bukan mudah. Masuk universiti belajar 3 – 4 tahun pun yuran RM30K. Habis belajar nak dapat gaji RM3K pun belum tentu.

Green Matrix ni ada yang boleh jana income sampai RM50K setiap bulan. Tapi kena ingat, bila kita di atas, kalau lupa diri, kita mungkin boleh jatuh ke bawah. Banyak yang berlaku, orang yang saya train, dulu tiada apa-apa, bila dah senang, mula hilang fokus, rasa selesa, lupa diri.

Bila mereka gagal, mula buat cerita, katanya mereka kena tipu. Bayar duit licensing RM5K, minta kita setup office untuk mereka. Dia tak tahu, kos nak buka office saja lebih RM20K. Dah buka office tiba-tiba dia cakap tak boleh bayar sewa, siapa yang nak tanggung?

Semua perniagaan mestilah atas kepercayaan, masuk licensing, belajar buat marketing, duit sales rekod elok-elok, perbaiki dari masa ke semasa. Jangan hilang fokus, jangan mudah lupa diri, hormat semua orang, ada rezeki Insya Allah Green Matrix akan cuba bantu mana yang terdaya.

So kalau yang nak join tu, bila tanya apa yang dia dapat? Green Matrix boleh sediakan kereta ke? Orang macam ni memang susah saya nak terima. Saya hanya mencari orang yang komited, orang yang nak ubah kehidupannya, orang yang tidak mudah putus asa dan setia.

Green Matrix ni bukan macam company lain, syarikat ni dibina from nothing to something. Tak ada kabel, tender atau apa-apa geran dari kerajaan. Bisnes memang genuine, sebab tu bila banyak pengusaha kereta sewa gulung tikar, Green Matrix maintain saja, sebab kita memang buat bisnes betul-betul.

So kepada yang nak join tu, saya tak jamin korang akan berjaya, ada je yang dah berjaya, lepas tu melingkup. Ada yang masuk tak jadi apa-apa, ada yang dulu tak ada apa-apa sekarang maintain RM50K sebulan. Kejayaan itu adalah atas usaha diri sendiri.

Green Matrix hanya sediakan lesen, sistem, team, ilmu dan apa saja yang kami boleh bantu untuk pastikan korang berjaya. Kalau korang expect lebih daripada tu, saya minta maaf, saya tak dapat bantu. Saya tak ada masa nak jumpa, untuk explain bagai, nak join boleh join saja, then kita usaha dari situ.

Peluang bisnes kereta sewa ni sangat luas, memang banyak persaingan, walau bagaimanapun kalau kita fokus memberi manfaat kepada pelanggan, Insya Allah kita akan maintain. Ok kepada yang berminat nak join tu, boleh klik sini ==> Licensing

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code