Wahi Abd Rashid

APA FAEDAH JOIN LICENSING GMCR?

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Assalamualaikum dan salam hormat, ok artikel ni saya tulis sebab selalu terima soalan daripada rakan-rakan yang bertanya tentang faedah yang mereka dapat bila join program licensing Green Matrix Car Rental (GMCR).

Ok sebelum saya menjawab soalan tu izinkan saya explain apa masalah yang biasa dihadapi oleh pengusaha kereta sewa samada yang baru nak mula atau pun sudah lama bermula. Apa yang saya share ni memang berlaku kepada semua pengusaha kereta sewa termasuk diri saya sendiri suatu ketika dulu.

1.  Bilangan Kereta Sewa Terhad

Bagi yang baru bermula, biasanya bilangan kereta sewa yang mereka ada mungkin tak banyak, mungkin 2 – 5 unit saja. Bila tempahan semakin meningkat, stok kereta sedia ada pula tak cukup, jadi mereka tak boleh nak supply kepada pelanggan. Nak ambil stok kereta sewa dari pengusaha kereta sewa lain pun bukan mudah. Biasanya pengusaha kereta sewa yang dah established susah nak lepas kereta sewa kepada pengusaha kereta sewa baru.

Antara sebabnya adalah 1. Mereka tidak tahu kualiti customer pengusaha baru itu, jadi pada mereka risiko agak tinggi, 2 Dari segi persaingan, boleh dikatakan tidak bagus, sebab company tu secara tidak langsung membantu pesaing yang mungkin akan kacau periuk nasi mereka.

Bila kereta selalu tak cukup, lama-lama pelanggan akan fed up dan lari kepada pengusaha kereta sewa yang lebih established. Pengusaha kereta sewa ni nak beli kereta baru pula memang stuck sebab loan dah paras hidung. Jadi bisnes mereka nak tutup tak boleh, nak kembang pun susah. Orang cakap hidup segan. mati tak mahu.

2. Susah Nak Dapat Kereta Pajak

Option lain untuk tambah kereta adalah melalui program pajakan, Walau bagaimanapun bagi pengusaha kereta sewa baru, ianya bukan mudah untuk dapatkan kereta pajak. Pemilik kereta akan tengok reputasi syarikat pengusaha tu, kalau tak ada nama mereka pun takut nak supply.

Banyak kes pengusaha kereta sewa terpaksa melarikan diri sebab masalah dengan kereta pajak. Bila buat bisnes tanpa ilmu risiko kereta hilang, customer tak bayar dan kereta digunakan untuk jenayah tinggi. Sudahnya kena kejar dengan pemilik kereta. Tidur pun tak lena. So saya percaya anda tak mahu semua ni terjadi kan.

3. Exhausted

Ok kalau bisnes pengusaha tu berkembang pula, mungkin dah dapat tambah kereta sampai 20 unit. Masalah baru pula akan timbul. Pengusaha akan jadi sangat exhausted sebab bila kereta bertambah, kerja pun makin banyak. Nak kena jawab panggilan telefon (urus tempahan), nak harap staff memang tak boleh, nanti staff buat sambil lewa, xda sale pula.

Pengusaha juga kena buat marketing, sekali lagi nak harap staff memang tak boleh sebab mereka makan gaji je. Staff ni memang xda motivasi untuk kejar sales kalau gaji ciput. Marketing ni memang pengusaha kena buat sendiri, tak boleh harapkan orang lain. Lepas tu bila sales dah banyak nak kena urus akaun pula,

Duit masuk kena rekod, nak kena monitor duit sales supaya staff tak mencuri, nak bayar installment bayar kereta, nak bayar supplier, bill utiliti, kena buat audit profit & loss dan bayar cukai. Memang banyak kerja beb.

Bukan tu saja, pengusaha tu kena urus karenah pekerja pula, dapat yang jenis kaki ponteng kerja lagi masalah. Gaji nak, kerja tak nak. Dapat staff kaki curi duit, kaki sailang fuhh silap-silap boleh sakit jantung. Belum masuk lagi karenah pelanggan, kereta accident, tak nak bayar dan macam-macam lagi.

Bila sampai level ni pengusaha tu akan jadi sangat-sangat stress dan exhausted, masa dengan keluarga pun dah tak ada, masa nak beribadat pun tak ada. Hubungan keluarga jadi renggang, hubungan dengan tuhan pun makin lama makin jauh. Keluarga dah jadi tak happy, rezeki pula macam tersekat-sekat.

Kalau pengusaha tak dapat solve masalah ni, dia akan jadi hamba kepada bisnes dia sendiri. Niat asal berniaga adalah untuk dapatkan freedom, tapi bila tak ada sistem, pengusaha tu terpaksa bekerja lebih teruk daripada lembu. Nak develop sistem perniagaan bukan mudah, banyak kos dan try & error kena hadap.

4. Tak Ada Masa Untuk Upgrade Diri Sendiri

Bila kerja dah banyak, masa terluang tu tak perlu cerita lah. Memang tak ada, apa yang berlaku pengusaha tu tak ada masa nak tambah ilmu, tak ada masa nak upgrade diri sendiri. Dia tenggelam dengan kesibukan bisnes dia sendiri. Orang lain makin maju dia pula stuck dengan bisnes cara lama dan out dated.

So dia mula salahkan pesaing, ekonomi dan macam-macam lagi. Sebenarnya dia yang tertinggal. Zaman sekarang perubahan sangat pantas, kalau tak ada masa nak upgrade ilmu memang tertinggal kereta api la. Bila jadi macam tu, dia lagi stress sebab terpaksa bergantung kepada satu sumber pendapatan saja.

Tak ada masa nak pergi belajar ilmu pelaburan lain. Patutnya daripada bisnes kereta sewa dia boleh kembangkan banyak port folio pelaburan lain macam, melabur dalam hartanah, buat guest house ke, buat rumah sewa ke, buat bilik sewa ke buka hotel ke. Kalau minat boleh buka work shop, tempat cuci kereta atau apa saja yang dia minat.

Apa Faedah Yang Saya Dapat?

Kalau anda tanya apa faedah yang anda dapat bila join program licensing Green Matrix Car Rental. Jawapan saya semua masalah kat atas gerenti selesai. Tak cukup kereta, tak perlu bimbang sebab kita ada rakan niaga seluruh Malaysia. Jumlah kereta yang ada lebih 1,000 unit. Ambil je daripada rakan niaga sedia ada dan dapatkan harga kasih sayang.

Kereta masih tak cukup? jangan risau, syarikat sentiasa terima tawaran kereta pajak setiap hari. Pilih je nak kereta apa dengan syarat anda jujur dan jaga amanah pemilik kereta. Dalam bisnes kereta sewa, masalah tu memang ada, cuma bila berlaku masalah jangan lari, cuba sama-sama cari jalan penyelesaian, ada mentor tanya pendapatnya. Ahli group yang senior pun boleh bantu share pengalaman.

Anda tak perlu lagi pening kepala nak urus itu ini. Syarikat dah ada sistem yang memang dah proven success. Anda hanya fokus cari customer dan operation saja. Macamanana nak buat tempahan, nak buat bayaran, kereta bermasalah, customer bermasalah, staff bermasalah tak perlu lagi bimbang, syarikat dah ada pengalaman macamana nak selesaikan masalah tu semua.

Bila kerja jadi mudah, of course la anda boleh spend lebih banyak masa bersama keluarga, boleh fokus untuk beribadat banyak. Bila keluarga gembira, hati senang, rezeki pun pasti murah. Anda boleh fokus kepada business expansion, tambah kereta, tambah lagi portfolio pelaburan, tambah networking, masuk kelas tambah ilmu.

Cuba beri manfaat kepada sebanyak mungkin kepada orang sekeliling anda. Semakin banyak anda berkongsi semakin murah rezeki anda. Saya percaya terlalu banyak faedah yang anda dapat bila join program licensing Green Matrix Car Rental.

Pada saya apa yang Green Matrix Car Rental dapat tidak penting, apa yang penting adalah apa yang Green Matrix Car Rental boleh beri supaya anda dapat bantu lebih ramai orang Insya Allah.

Sekiranya anda masih ada soalan berkenaan program licensing, jemput sertai group telegram ini ==> GMCR Q&A. Maklumat program licensing boleh baca melalui link ini ==> Licensing.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Leave a Reply

Post Navigation

 
Analytic Code
%d bloggers like this: