Wahi Abd Rashid

TERBANG DARI KUCHING UNTUK BELAJAR BISNES KERETA SEWA

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

photo_2017-05-15_09-10-05

Bersama Tuan Shairy  Abu Bakar & Puan Norhafiza Madehi

Alhamdulillah baru-baru ini saya selesai buat sesi coaching bisnes kereta sewa di bawah program MYCAMPUSCARRENTAL. Peserta yang hadir 2 orang saja iaitu tuan Shairy Abu Bakar & isterinya Puan Norhafiza Madehi.

Mereka ni tinggal di Kuching Sarawak. Tuan Shairy Abu Bakar bekerja sendiri di mana beliau membantu ibu mertuanya mengusahakan perniagaan kek dan menguruskan perniagaan vending machine secara kecil-kecilan. Isterinya pula masih bekerja sebagai penjawat awam dan hadir sama untuk support suaminya.

Mereka ingin memulakan perniagaan kereta sewa kerana ingin menambah pendapatan memandangkan kos sara hidup semakin tinggi di Kuching. Lagipun mereka baru membeli rumah betul-betul di hadapan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Jadi peluang tu ada, cuma mereka tiada ilmu tentang bisnes kereta sewa. Selepas mendaftar program licensing MYCAMPUSCARRENTALMereka terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur untuk belajar direct daripada saya.

Semasa sesi coaching saya menerangkan tentang perkara-perkara yang perlu mereka lakukan untuk menjadi usahawan MYCAMPUSCARRENTAL. Berikut merupakan topik-topik yang saya terangkan.

  1. Penubuhan perniagaan/syarikat.
  2. Penetapan hala tuju perniagaan.
  3. Konsep bina perniagaan untuk dijual.
  4. Struktur organisasi perniagaan kereta sewa.
  5. Strategi pemasaran kereta sewa.
  6. Proses pembelian kereta.
  7. Tip-tip pengurusan kereta sewa.
  8. Strategi cross sale untuk tingkatkan keuntungan.

Selepas seharian coaching berikut merupakan feedback mereka.

Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu yang sangat mahal daripada Tuan Wahi.

Banyak ilmu yang telah dicurahkan sepanjang hari tempoh kelas coaching berlangsung. Tak terasa hari dah petang, kepala pun dah tepu dgn ilmu yg sangat banyak diserap daripada tuan Sifu Tuan Wahi..

Sangat berbaloi terbang dari Kuching ke KL, tingal anak yg baru berusia 2bln untuk menimba ilmu Sifu yang sangat mahal ni.. tinggal TINDAKAN je lagi..

Short cut ilmu pengalaman 10 thn Tuan Wahi bagi buat kami newbiez ni.

Antaranya, termasuklah ilmu pengurusan bisnes MCCR, pengalaman berurusan dengan pelanggan, risiko bisnes dan cara mengatasi, sistem yang sangat perfect telah tersedia dan amat mudah, bimbingan dari A ke Z dlm menjayakan MCCR, bimbingan group telegram, visi bisnes 3 thn yang ingin dicapai..

“Mcm mana kita nk bina bisnes yang boleh dijual” dan menambah nilai manfaat kepada hidup orang lain..

Last but not least..sangat2 berbaloi…berasapp kepala dudok dalam kelas..momentum membuak2 nak berjaya..bersemangat…

Semoga Sifu Tuan Wahi lebih berjaya lagi..kaya dan dilimpahkan kurnia yang banyak dari Yang Esa agar dapat membantu usahawan kecil seperti kami..

Terima kasih byk2..tempat selesa..makanan pun sedap.. berjenis2 air dihidang…sangat memuaskan dan amat berbaloi..👍👍👍

Semoga kerjasama ini berterusan agar kami boleh berjaya seperti Sifu😁😁😂

Tuan Shairy Abu Bakar & Puan Norhafiza Madehi

Ok sekiranya anda tinggal di Kuching dan ingin bekerjasama tuan Tuan Shairy Abu Bakar boleh hubungi beliau +60136573289 atau email unimas@mycampuscarrental.com. Mereka mungkin perlukan kereta pajak untuk memulakan perniagaan kereta sewa di sana.

ps : sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan MYCAMPUSCARRENTAL boleh jemput baca butiran program di sini ==> MYCAMPUSCARRENTAL.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code
%d bloggers like this: