Wahi Abd Rashid

Komen Peserta Licensing Bisnes Kereta Sewa

20170312_164029

Peserta coaching bisnes kereta sewa yang hadir

Baru-baru ini saya telah mengadakan sesi coaching bisnes kereta sewa. Seramai 7 orang peserta hadir. Ada dari Kuala Lumpur, Sabah dan juga Pahang. Kebanyakan peserta masih bekerja makan gaji dan menjalankan bisnes kereta sewa secara part time.

Seperti sebelum ini kebanyakan peserta memulakan bisnes kereta sewa hanya untuk menambah pendapatan. Namun salah seorang peserta pula terpaksa memulakan perniagaan kereta sewa kerana tertipu dengan program pajakan kereta sewa yang dikendalikan oleh sebuah syarikat kereta sewa.

Apa yang berlaku setelah kereta diserahkan, bayaran pajakan tidak seperti yang dijanjikan, biasanya beliau terpaksa top up menggunakan duit poketnya sendiri untuk cover ansuran bulanan keretanya. Tidak tahan dengan keadaan itu beliau mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes kereta sewa sendiri.

Bengang juga beliau kerana tidak sampai setahun keretanya macam dilenjan habis-habisan, bila ditanya hasilnya pula tiada. Banyak peralatan dalam keretanya hilang dan terpaksa diganti. Saman-saman juga tidak dibayar.

Selama beberapa bulan memulakan bisnes kereta sewa, beliau nampak peluang bisnes kereta sewa sangat luas. Cuma beliau tidak tahu bagaimana untuk kembangkan perniagaan kereta sewanya.

Setelah berfikir panjang beliau mengambil keputusan untuk menyertai program licensing bisnes kereta sewa di bawah syarikat Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd.

Banyak soalan-soalan yang ditanya antaranya mengenai lesen kereta sewa pandu, pengurusan tempahan, pengurusan kerosakan & kemalangan, pengurusan kereta pajak, pengurusan saman, strategi pemasaran, pengurusan akaun dan banyak lagi. Selepas 2 hari sesi coaching berikut merupakan feedback yang peserta berikan.

photo_2017-03-26_15-19-24

Tuan Khalil dari Kota Kinabalu

photo_2017-03-26_15-19-42

Tuan Nizam dari Sandakan

photo_2017-03-26_15-19-51

Tuan Mahdi dari Sandakan

photo_2017-03-26_15-19-58

Puan Asmah & Suami dari Kuala Lumpur

photo_2017-03-26_15-20-04

Tuan Abdul Rahman dari Jengka, Pahang

Alhamdulillah ke semua peserta yang hadir berpuas hati dengan sesi coaching yang diadakan. Maklumat lanjut untuk sesi coaching boleh klik di sini ==> Licensing

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code