Wahi Abd Rashid

INCOME RM17K SEBULAN SELEPAS 10 BULAN BUAT BISNES KERETA SEWA

picture1

Tuan Khaidir Khalid bersama Tuan Azanil Putra Ahmad Rapaai

Gambar di atas merupakan gambar Tuan Khaidir Khalid bersama Tuan Azanil Putra. Mereka berdua merupakan licensee Green Matrix di Pekan, Pahang. Tuan Khaidir Khalid menyertai program licensing kereta sewa Green Matrix sejak 24 Januari 2016.

Beliau nekad memulakan perniagaan kereta sewa kerana sudah bosan dengan kerja makan gaji. Semasa menghubungi saya beliau memberitahu mahu memulakan perniagaan kereta sewa di Pekan. Saya pada mulanya agak skeptikal dengan lokasi berkenaan.

Jadi sebelum beliau menyertai program licensing, saya memintanya menghubungi semua operator kereta sewa di Pekan untuk bekerjasama. Beliau perlu membuat iklan olok-olok dan kaji permintaan. Hasil iklan olok-olok berkenaan beliau mendapati permintaan kereta sewa di pekan memang ada.

Kagum dengan kesungguhan beliau, maka saya membenarkan beliau menyertai program licensing Green Matrix. Pada peringkat awal saya tidak membenarkan beliau membeli kereta sewa. Saya memintanya mengambil kereta dari pengusaha kereta sewa sedia ada di Pekan.

Walau bagaimanapun beliau menghadapi sedikit masalah kerana pelanggannya selalu tidak berpuas hati dengan keadaan kereta yang dibekalkan oleh pengusaha di sana. Beberapa bulan kemudian, beliau nekad membeli beberapa buah kereta baru. Masalahnya selesai kerana tiada lagi pelanggan yang mengadu tentang keadaan kereta yang tidak memuaskan.

Dari masa ke semasa, pelanggannya semakin bertambah. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar dari kampus yang berdekatan termasuk juga individu yang bekerja di sana. Beliau mula runsing kerana kereta yang beliau ada tidak mencukupi. Melalui program pajakan kereta sewa Green Matrix, beliau berjaya mendapat kereta tambahan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

Dalam masa 10 bulan, beliau sudah mempunyai 15 buah kereta sewa. Kutipan sewa juga semakin meningkat dan pernah mencecah lebih RM17K sebulan. Sebagai bukti berikut merupakan skrin shot kutipan sewa yang beliau perolehi setiap bulan.

picture2

Setelah 10 bulan menyertai program licensing, saya bertanya apa perubahan yang telah berlaku kepada beliau. Ini merupakan maklum balas beliau.

photo_2016-11-16_17-18-35

Hutang pinjaman PTPTN settle (Hutang RM3K je)

kad-kredit

Dua keping kad kredit sudah dipotong (Hutang RM9K)

photo_2016-11-16_17-43-33

Dapat beli rumah berharga RM198K (Loan lulus September 2016)

14358816_1183238778405010_6432579988036299861_n

Dijemput sebagai speaker untuk berkongsi pengalaman sebagai usahawan.

khaimal

Beliau berjaya mempunyai syarikat sdn bhd dan sedia untuk membeli aset-aset di bawah nama syarikat.

Itulah perubahan yang berlaku kepada Tuan Khaidir Khalid semenjak menyertai program licensing Green Matrix. Walau bagaimanapun perubahan berkenaan tidak akan berlaku tanpa usaha keras daripada beliau. Daripada pemerhatian saya, berikut merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan beliau.

  1. Beliau sangat merendah diri.
  2. Beliau sangat agresif dalam pemasaran.
  3. Beliau suka bekerja di dalam pasukan.
  4. Beliau suka berkongsi rezeki.
  5. Beliau seorang yang sangat jujur.
  6. Beliau suka membantu pelanggannya.

Mulai tahun 2017, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mahu fokus kepada bisnes kereta sewa. Beliau bercadang untuk mengembangkan perniagaan di Bandar Muadzam Shah. Hasil kajiannya beliau mendapati Muadzam Shah mempunyai potensi perniagaan kereta sewa yang sangat besar.

Sungguhpun begitu disebabkan salah faham tentang halatuju syarikat Tuan Khaidir telah membuka syarikat kereta sewanya sendiri di bawah jenama Khaimal Car Rental. Ianya merupakan satu tamparan hebat kepada Green Matrix. Mengapa beliau tidak mahu terus bersama Green Matrix?

Sejak itu Green Matrix mula mengkaji semula model perniagaannya. Antara faktor mengapa licensee Green Matrix keluar membina jenama sendiri adalah kerana mereka tidak yakin dengan jenama syarikat. Semenjak itu Green Matrix mula menguatkan jenama melalui strategi pemasaran yang berbeza.

Selain itu kesilapan Green Matrix juga tidak memantau prestasi licensee. Bermula dari situ Green Matrix mula memaparkan rekod jualan harian setiap licensee. Licensee yang tiada peningkatan akan dibantu samada melalui latihan ataupun khidmat nasihat berterusan. Tunjuk ajar licensee yang berjaya juga sangat membantu.

Hasil daripada perubahan berkenaan, jenama Green Matrix menjadi semakin kuat, keyakinan licensee juga semakin bertambah. Pendapatan licensee juga semakin meningkat. Ada licensee yang berjaya menjana pendapatan sehingga RM90K sebulan secara konsisten. Dahulu kebanyakan licensee, tunggu masa saja untuk keluar dan buat jenama sendiri, namun kini licensee lebih setia bila mereka dapat banyak manfaat.

Selain itu Green Matrix juga telah mengurangkan yuran licensee daripada RM10,000 seumur hidup kepada RM300 sebulan. Perubahan berkenaan membolehkan lebih ramai individu yang kurang berkemampuan menyertai Green Matrix. Bayaran bulanan sebanyak RM300 membuatkan licensee lebih berusaha untuk menjana pendapatan berbanding bayaran yuran licensing secara lump sum.

Matlamat Green Matrix adalah setiap licensee mampu melabur di dalam 10 hartanah untuk bekalan hari persaraan. Sungguhpun begitu untuk melabur di dalam hartanah mereka perlu mempunyai perniagaan yang kukuh. Ianya tidak mudah dan tidak mustahil. Sekiranya anda ingin tahu tentang program licensing Green Matrix sila join group fb ini. Klik SINI.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code