Wahi Abd Rashid

PROGRAM LICENSING BISNES KERETA SEWA

Sebahagian pengusaha kereta sewa yang telah menyertai program licensing Green Matrix Car Rental

Assalamualaikum dan salam hormat, terima kasih kerana berminat dengan program licensing Green Matrix Car Rental. Program licensing ini telah diperkenalkan sejak tahun 2011 bertujuan untuk memberi peluang kepada anda yang berminat menjana pendapatan melalui perniagaan kereta sewa secara BERSISTEMATIK dan SELAMAT dengan MODAL yang RENDAH

APA SYARAT UNTUK JOIN PROGRAM NI?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Merendah diri & suka belajar.
  • Tahu menggunakan internet.
  • Tidak mudah berputus asa.
  • Ramah & suka melayan pelanggan.

TESTIMONIAL

Tuan Hafiz Musa : Jana Pendapatan RM20K sebulan

 

Puan Elly : Jana pendapatan RM40K sebulan

BERAPA MODAL UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN KERETA SEWA YANG SAH?

Secara umumnya anda perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya RM200,000 untuk memulakan perniagaan kereta sewa yang sah. Modal berkenaan diperlukan untuk pendaftaran syarikat, sewaan pejabat, permohonan lesen, penyertaan keahlian persatuan pelancongan, latihan dan modal pusingan.

Kos yang sangat tinggi menyukarkan ramai pengusaha kereta sewa kecil-kecilan menjalankan perniagaan kereta sewa secara sah. Justeru program licensing ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan kereta sewa secar sah dengan modal yang lebih kecil.

BERAPA KOS PENYERTAAN PROGRAM INI?

Yuran Penyertaan RM10,000 sahaja (seumur hidup). Kuota adalah terhad 10 peserta sahaja untuk setiap sesi training. Pendaftaran akan ditutup pada bila-bila masa apabila kuota penyertaan penuh.

SELEPAS MENDAFTAR APA SAYA PERLU BUAT?

Selepas mendaftar anda perlu hadir program training pada salah satu tarikh berikut.

  • 29 Jul 2017 (Sabtu)
  • 5 Ogos 2017 (Sabtu)
  • 26 Ogo 2017 (Sabtu)
  • 09 Sep 2017 (Sabtu)
  • 30 Sep 2017 (Sabtu)
  • 07 Okt 2017 (Sabtu)
  • 28 Okt 2017 (Sabtu)
  • 04 Nov 2017 (Sabtu)
  • 25 Nov 2017 (Sabtu)
  • 02 Dis 2017 (Sabtu)
  • 23 Dis 2017 (Sabtu)

Masa : 0900 pagi– 2230 malam
Tempat : Pejabat GMETTSB – KLIA
Alamat : Unit 47 Pusat Perniagaan Gemilang Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
Koordinat : www.bitly.com/gmcrkotawarisan

Topik

Persediaan penting sebelum memulakan perniagaan kereta sewa.

  • Pesediaan rohani
  • Persdiaan jasmani

Strategi pemasaran kereta sewa

  • Pemasaran melalui Google Maps
  • Pemasaran di Facebook
  • Pemsaran melalui Google Adwords
  • Pemasaran melalui Blog
  • Pemasaran melalui Email
  • Pemasaran melalui SMS
  • Pemasaran melalui program affiliate
  • Pemasaran melalui hotel

Pengurusan bisnes kereta sewa.

  • Pengurusan tempahan.
  • Penghantaran kereta kepada pelanggan.
  • Pemulangan kereta.
  • Pengurusan kemalangan.
  • Pengurusan tuntutan duit sewa.

Setiap sesi training terhad untuk 10 peserta sahaja. Penyertaan untuk sesi training yang sudah penuh akan dianjak pada sesi berikutnya. Penyertaan last minute atau walk in tidak diterima.

Pastikan anda membawa laptop semasa sesi training Selepas hadir training anda boleh terus memulakan perniagaan kereta sewa di bawah jenama Green Matrix Car Rental.

picture2

Sesi training bisnes kereta sewa untuk program licensing Green Matrix Car Rental

KALAU SAYA TAK ADA KERETA BAGAIMANA?

Anda tidak perlu risau sekiranya tidak mempunyai kereta. Apa yang penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk mencari pelanggan berkualiti terlebih dahulu. Buat permulaan anda boleh mendapatkan kereta pada harga agen daripada rakan niaga sedia ada.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan kereta melalui program pajakan yang disediakan oleh syarikat. Apabila tempahan semakin banyak, maka anda boleh membeli kenderaan di bawah nama syarikat anda sendiri. Syarikat juga boleh membekalkan kereta melalui program sewa beli dan tertakluk kepada perjanjian sewa beli yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

APA FAEDAH SAYA JOIN PROGRAM NI?

APA LAGI FAEDAH SAYA JOIN PROGRAM NI?

  • Anda jimat RM200,000 kerana tidak perlu memohon lesen pelancongan. Guna sahaja lesen kami yang sedia ada.
  • Anda mempunyai sistem perniagaan kereta sewa yang lengkap dan sudah boleh beroperasi bernilai lebih RM50,000
  • Anda mempunyai sistem tempahan kereta sewa lengkap dengan sistem pembayaran online (Maybank, CIMB dan Paypal) yang dibangunkan pada kos lebih RM50,000.
  • Anda mendapat kemudahan untuk menggunakan perkhidmatan Credit Tip Of Services (CTOS) untuk memudahkan proses tuntutan bayaran daripada pelanggan yang bernilai RM6,000 setahun.
  • Anda akan mendapat bimbingan terus daripada jutawan kereta sewa bernilai RM20,000.
  • Anda mendapat support melalui group telegram bernilai RM1,200 setahun.
  • Anda akan mendapat email rasmi syarikat (unlimited quota) untuk bernilai RM500 setahun.
  • Anda akan akan mendapat 4 helai baju T-Shirt syarikat bernilai RM100.
  • Anda akan mendapat 2 set borang perjanjian sewa syarikat bernilai RM100.
  • Anda akan mendapat 400 keping kad perniagaan bernilai RM100.

ADA TAK APA-APA LAGI YANG SAYA PERLU BAYAR?

Untuk membolehkan pihak syarikat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda, maka pihak syarikat akan mengenakan bayaran berikut.

  1. Pihak syarikat akan mengambil royalti sebanyak 5% daripada setiap kutipan sewa untuk menampung kos operasi bulanan syarikat.
  2. Yuran keahlian sebanyak RM250 setahun untuk khidmat sokongan daripada syarikat.

APA LAGI KELEBIHAN KALAU JOIN PROGRAM INI?

  • Anda akan bernaung di bawah syarikat yang sudah kukuh dan dipercayai (lebih mudah mendapat pelanggan).
  • Anda JIMAT lebih RM200,000 kerana tidak perlu memohon lesen pelancongan baru. Green Matrix Car Rental sudah mempunyai lesen dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (No Lesen : KPK/LN7944).
  • Anda boleh menjalankan perniagaan ini di rumah saja. Segala tempahan dilakukan secara online dan anda hanya perlu menghantar kereta mengikut lokasi yang dinyatakan oleh pelanggan (biasanya lapangan terbang dan juga hotel).
  • Anda boleh masuk tender-tender Telekom kerana syarikat sudah mempunyai lesen Telekom Malaysia Berhad (Vendor No : 1105074).
  • Anda juga boleh masuk tender-tender kerajaan kerana syarikat sudah mempunyai lesen Kementerian Kewangan (KQ70980533151603297)
  • Anda berpeluang bekerjasama dengan pengusaha kereta sewa di seluruh Malaysia kerana syarikat merupakan ahli Car Rental Association Malaysia (CRAM).
  • Anda berpeluang menyertai projek-projek pelancongan kerana syarikat merupakan ahli Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputra Malaysia (BUMITRA).
  • Anda berpeluang menyertai pameran pelancongan kerana syarikat merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA).
  • Anda tidak perlu ada modal yang besar, sekiranya anda tiada kereta, anda boleh mendapatkan kereta-kereta daripada rakan niaga sedia ada pada harga agen. Selain itu anda juga boleh mendapatkan kereta secara percuma melalui program pajakan kereta sewa.
  • Anda berpeluang mendapatkan kereta melalui program sewa beli yang disediakan oleh pihak syarikat. Walau bagaimanapun ianya tertakluk perjanjian sewa beli yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

LOKASI MANA YANG MASIH KOSONG?

Pihak syarikat masih memerlukan ramai rakan niaga di seluruh Malaysia kerana permintaan kereta sewa akan terus meningkat pada masa akan datang. Kos memiliki kereta yang mahal membuatkan ramai yang lebih suka menyewa kereta berbanding membelinya.

Selain itu kedatangan pelancong dari luar negara yang tidak pernah putus dalam negara, membuka peluang yang sangat luas dalam perniagaan kereta sewa. Walaupun terdapat ramai rakan niaga di sesuatu kawasan, ia tidak akan mewujudkan persaingan yang tidak sihat.

Anda akan diajar strategi pemasaran yang betul untuk mendapatkan pelanggan berkualiti. Sekiranya anda menerima jumlah tempahan yang banyak, anda boleh berkongsi tempahan berkenaan dengan rakan niaga yang lain.

Pendek kata anda boleh menerima tempahan sebanyak mana sekalipun kerana mempunyai jaringan kerjasama yang kuat di antara rakan niaga yang lain. Pelanggan sudah tentu gembira kerana anda sentiasa dapat melayan tempahan mereka. Pelanggan yang gembira pastinya akan membawa lebih ramai pelanggan kepada anda.

Secara tidak langsung pendapatan anda akan meningkat dan dalam masa yang sama dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. Sepatutnya tiada isu lokasi mana yang kosong atau tidak. Apa yang penting anda perlu membuat kempen pemasaran secara berterusan dan fokus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

BAGAIMANA REPUTASI GREEN MATRIX CAR RENTAL?

Hasil daripada training yang berterusan, setiap rakan niaga komited untuk memberikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada pelanggan. Berikut merupakan testimonial pelanggan yang gembira setelah menggunakan perkhidmatan Green Matrix Car Rental. Anda boleh melihat review syarikat kereta sewa lain dan buat masa ini Green Matrix Car Rental mempunyai rating no 1 di Malaysia.

“Very Good & No Negatives – Minke Kleinhesselink”

“Clean & Good Car – Ng Leanne”

“Friendly & Hassle-Free Car Rental – Kiki Maulana”

“Excellent Service – Elain Wong”

“The Car Condition Tip Top – Brenda Shareen Tony”

“Great Service & Clean Cars – Sr Kiasu”

Untuk melihat lebih banyak testimonial pelanggan anda boleh klik Sini.

MASIH RAGU-RAGU?

Cik Kausar : Jana pendapatan RM18K sebulan

Tuan Arif : Jana pendapatan RM16K sebulan

LOKASI MANA YANG BERPOTENSI?

Sekiranya lokasi anda ada salah satu kriteria berikut, maka ianya ada potensi untuk bisnes kereta sewa.

  • Berdekatan dengan lapangan terbang/jeti pelancongan.
  • Mempunyai banyak hotel 3 bintang ke atas.
  • Berdekatan dengan pusat pengajian tinggi.
  • Mempunyai tempat tarikan pelancong.
  • Mempunyai banyak pejabat milik kerajaan dan swasta.
  • Ada pengusaha kereta sewa yang menjalankan perniagaan.

APA SYARAT PERJANJIAN LICENSING?

  1. PEMBERI LESEN merupakan syarikat yang berdaftar dan memiliki lesen PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN/PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN (NO LESEN : KPK/LN7944) dan dibenarkan menjalankan perniagaan kereta sewa pandu dan pengendalian pelancongan tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan lesen yang ditetapkan oleh KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.
  2. PEMBERI LESEN memberi kebenaran kepada PEMEGANG LESEN menjalankan perniagaan kereta sewa pandu di bawah jenama GREEN MATRIX CAR RENTAL tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA.
  3. PEMEGANG LESEN bersetuju menggunakan jenama GREEN MATRIX CAR RENTAL untuk semua urusan perniagaan kereta sewa pandu di lokasi yang dinyatakan di dalam perjanjian ini.
  4. PEMEGANG LESEN hanya boleh beroperasi di lokasi seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian ini sahaja. Sekiranya PEMEGANG LESEN ingin beroperasi di tempat lain selain daripada lokasi yang dinyatakan, maka PEMEGANG LESEN perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada PEMBERI LESEN dan tertakluk kepada kekosongan tempat dan tambahan yuran perlesenan yang ditetapkan oleh PEMBERI LESEN.
  5. PEMBERI LESEN berhak membatalkan perjanjian ini sekiranya PEMEGANG LESEN menggunakan jenama lain selain jenama PEMBERI LESEN untuk urusan perniagaan kereta sewa pandu.
  6. PEMEGANG LESEN mestilah menggunakan dokumen sewa rasmi yang dibekalkan oleh PEMBERI LESEN. Dokumen sewa rasmi mestilah dibeli daripada PEMBERI LESEN. Harga dokumen sewa rasmi yang dibekalkan tertakluk kepada kos percetakan semasa.
  7. PEMEGANG LESEN tidak dibenarkan menggunakan dokumen sewa selain daripada yang dibekalkan oleh PEMBERI LESEN untuk urusan perniagaan kereta sewa pandu. PEMBERI LESEN berhak membatalkan perjanjian ini sekiranya didapati PEMEGANG LESEN menggunakan dokumen sewa lain selain yang dibekalkan oleh PEMBERI LESEN untuk urusan perniagaan kereta sewa pandu.
  8. Segala bayaran perlu dimasukkan ke dalam akaun PEMBERI LESEN terlebih dahulu.
  9. PEMEGANG LESEN perlu membuat tuntutan kutipan sewa daripada PEMBERI LESEN melalui sistem yang telah ditetapkan oleh PEMBERI LESEN.
  10. PEMBERI LESEN berhak mendapat royalti sebanyak 5% daripada pendapatan PEMEGANG LESEN.
  11. PEMEGANG LESEN perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM250 setahun. Yuran keahlian hanya perlu dibayar selepas setahun PEMEGANG LESEN mendaftar program licensing. PEMEGANG LESEN yang gagal membuat bayaran yuran keahlian mengikut tarikh yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaan secara automatik. PEMEGANG LESEN yang ingin menyambung keahlian yang telah tamat tempoh akan dikenakan penalti sebanyak RM500 beserta yuran keahlian tahunan sebanyak RM250 berjumlah RM750.
  12. PEMEGANG LESEN boleh memohon untuk mendapatkan permit kereta sewa pandu daripada PEMBERI LESEN. Walau bagaimanapun permit kereta sewa pandu tertakluk kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang terlibat. Keutamaan akan diberikan kepada PEMEGANG LESEN yang mematuhi prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PEMBERI LESEN.
  13. PEMEGANG LESEN boleh memohon kereta yang dibeli di atas nama PEMBERI LESEN. Walau bagaimanapun bekalan kereta berkenaan bergantung kepada stok dan modal yang ada. Keutamaan diberikan kepada PEMEGANG LESEN yang mematuhi prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PEMBERI LESEN.
  14. Bagi kereta yang dibeli oleh PEMBERI LESEN dan dibekalkan kepada PEMEGANG LESEN, segala bayaran adalah tertakluk kepada persetujuan di antara PEMBERI LESEN dan PEMEGANG LESEN dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya PEMEGANG LESEN gagal membuat bayaran seperti yang telah dipersetujui tanpa sebab yang munasabah, maka PEMBERI LESEN berhak menuntut segala bayaran sepanjang tempoh yang dipersetujui.
  15. PEMBERI LESEN berhak mendapat komisen sebanyak 20% sekiranya tempahan yang datang daripada kempen pengiklanan dan pemasaran yang dibuat oleh PEMBERI LESEN. PEMEGANG LESEN dikecualikan royalti sebanyak 5% sekiranya tempahan datang dari kempen pengiklanan dan pemasaran yang dibuat oleh PEMBERI LESEN.
  16. Sekiranya tempahan diperolehi daripada kempen pengiklanan dan pemasaran yang dibuat oleh PEMEGANG LESEN maka PEMEGANG LESEN hanya tertakluk kepada bayaran royalti sebanyak 5% sahaja kepada PEMBERI LESEN.
  17. Sekiranya PEMEGANG LESEN mendapat tempahan kereta sewa untuk lokasi lain selain daripada tempatnya beroperasi dan perlu diagihkan kepada PEMEGANG LESEN lain, maka PEMEGANG LESEN berkenaan berhak mendapat komisen sekurang-kurangnya 10% daripada nilai tempahan atau tertakluk kepada persetujuan di antara kedua-dua PEMEGANG LESEN berkenaan. PEMEGANG LESEN yang membekalkan kereta kepada PEMEGANG LESEN yang mendapat tempahan masih tetap perlu membayar royalti 5% daripada nilai tempahan kepada PEMBERI LESEN.
  18. Sekiranya PEMEGANG LESEN menggunakan kereta sewa daripada syarikat lain. PEMBERI LESEN berhak mendapat 10% daripada keuntungan [(Kadar Sewa – Harga Agen = Untung) x 10%] bagi setiap urusniaga berkenaan.
  19. Perjanjian ini tertakluk selama satu (1) tahun dan boleh diperbaharui secara automatik setiap satu (1) tahun tertakluk di atas persetujuan di antara PEMBERI LESEN dan PEMEGANG LESEN.
  20. PEMEGANG LESEN berhak mengubah mana-mana syarat perjanjian yang difikirkan perlu selaras dengan perubahan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. PEMBERI LESEN akan memaklumkan PEMEGANG LESEN terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang perubahan perjanjian ini di masa hadapan.
  21. Perjanjian ini boleh terbatal sekiranya didapati PEMEGANG LESEN cuba berlaku tidak jujur. Perjanjian ini juga boleh dibatalkan sekiranya terdapat aduan tentang mutu perkhidmatan PEMEGANG LESEN yang tidak memuaskan. Perjanjian ini juga boleh dibatalkan sekiranya PEMEGANG LESEN gagal membuat bayaran yang sepatutnya kepada PEMBERI LESEN dalam masa yang telah ditetapkan.
  22. PEMEGANG LESEN bertanggungjawap sepenuhnya ke atas pengurusan, penyelenggaraan dan komitmen kewangan terhadap operasi kereta sewa pandu di lokasi masing-masing.
  23. PEMEGANG LESEN boleh sentiasa berhubung dengan kakitangan PEMBERI LESEN sekiranya menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan berhubung operasi kereta sewa pandu di lokasi masing-masing.
  24. Sebagai tanda kerjasama, PEMBERI LESEN akan berkongsi kepakaran, sistem perniagaan, dokumen perniagaan, lesen dan khidmat bimbingan berterusan kepada PEMEGANG LESEN. Manakala PEMEGANG LESEN perlu bersikap jujur dan bersedia menyediakan sumber seperti tempat operasi, sumber manusia, modal dan kemudahan utiliti bagi melancarkan urusniaga.
  25. Sekiranya PEMEGANG LESEN ingin menarik diri, sila maklumkan secara bertulis kepada PEMBERI LESEN dan memulangkan aset PEMBERI LESEN dalam tempoh 30 hari.
  26. PEMEGANG LESEN tidak dibenarkan menjalankan perniagaan yang sama dalam masa 5 tahun selepas menarik diri. PEMBERI LESEN berhak mengambil tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat cubaan meniru konsep dan harta intelek PEMBERI LESEN.
  27. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya PEMEGANG LESEN ingin menarik diri selepas selesai menghadiri coaching yang disediakan oleh PEMBERI LESEN.

JAMINAN PEMULANGAN WANG

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan program ini (selepas menghadiri sesi coaching pada hari pertama) sila maklumkan kepada saya dan wang anda akan dikembalikan serta-merta.

SEBELUM JOIN KALAU SAYA ADA SOALAN BAGAIMANA?

Sekiranya anda ada soalan berkenaan program licensing ini, jemput join group telegram ini ==> GMCR Q&A

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

daftar-sekarang

One Thought on “PROGRAM LICENSING BISNES KERETA SEWA

  1. aida on July 4, 2017 at 5:11 pm said:

    saya nak tya..kat pasir gudang dah ada green matrik car rental….boleh kah saya nak apply , lokasi sys pun sekitar pasir gudang

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code