Wahi Abd Rashid

APA KATA PEKERJA OIL & GAS NI LEPAS JUMPA SAYA?

20161024_090555

Bersama Tuan Fazrol Che Isa yang membawa saya sekeluarga dari KL ke Johor.

Tuan Fazrol Che Isa merupakan salah seorang kakitangan syarikat oil & gas di Terengganu. Walaupun mempunyai pekerjaan yang bagus dengan pendapatan yang lumayan, namun beliau tekad untuk memulakan bisnes kereta sewa kerana minatnya yang mendalam.

Masalahnya beliau tidak yakin bagaimana untuk memulakan perniagaan berkenaan dengan betul. Pengalaman ngeri arwah bapanya yang pernah mengusahakan bisnes kereta sewa di Shah Alam 30 tahun dahulu membuatkan beliau ragu-ragu untuk mengusahakan bisnes kereta sewa.

Namun semuanya berubah setelah beliau hadir program coaching bisnes kereta sewa yang diadakan pada 22 – 23 Okt 2016. Berikut merupakan komen beliau selepas selesai sesi coaching berkenaan.

photo_2016-11-02_22-03-13

“Alhamdulillah

Sesi coaching 22-23 Okt 2016 membina semangat untuk saya teruskan bisnes kereta sewa. Ilmu yang diberikan telah melenyapkan suara kecil yang selalu berkata, Fazrol, risiko bisnes kereta sewa ni sangat tinggi. Arwah ayah saya pernah buat kereta sewa pada tahun 86-awal 90-an dgn dua buah kereta di Shah Alam.

Banyak masalah, customer lari, kereta rosak, komponen enjin kereta dicuri. Pernah hilang dan jumpa balik dalam ladang kelapa sawit di Johor. Sebelum ni kawan saya kata jangan buat bisnes kereta sewa. Kau beli Van nanti Ada customer aku bagi, tapi dia senyap je. Ha Ha.

Mentor saya kata, risiko tu memang akan berlaku jika kita tidak ada ilmu. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Zaman arwah ayah saya buat kereta sewa mana ada orang nak mengajar tentang bisnes? Main langgar je.

Sales cuma hujung minggu. Mentor saya kata cari mentor dalam industri yang kamu mahu ceburi. Akhirnya saya jumpa juga mentor yang boleh guide saya untuk mulakan bisnes yang saya minat.

Coaching bukan kursus, kursus hanya untuk pelajar Universiti. Coaching bermaksud seseorang yang boleh menegur kamu jika kamu melakukan kesilapan. Dan itulah yang saya cari. Terima kasih tuan kerana memberi kepercayaan kepada saya.”

Alhamdulillah sesi coaching yang saya adakan telah melenyapkan suara-suara halus yang menghalangnya untuk memulakan perniagaan yang beliau minat sejak dahulu. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes kereta sewa sekiranya ada ilmu.

Jika tidak banyak masalah akan timbul. Ilmu boleh diperolehi dengan belajar dari orang yang sudah berjaya. Sekiranya anda tidak mahu membuang masa dan rugi banyak wang, maka jemput join program licensing yang saya sediakan.

Program berkenaan direka khas untuk anda memulakan bisnes kereta sewa dengan sistem yang telah terbukti berjaya pada kos yang sangat minima. Untuk maklumat lanjut klik link berikut ==>  Licensing GMETTSB

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code