Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA ORANG KAYA MELABURKAN WANG MEREKA?

14222270_583236151867194_1108496664919298827_n

Beberapa bulan yang lepas saya berjumpa seorang usahawan dari India. Beliau mempunyai kerakyatan Singapura dan sekarang menetap di Malaysia. Apa yang menarik tentang beliau adalah caranya mendapatkan modal lebih RM X juta daripada seorang pelabur untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Untuk makluman beliau merupakan co founder untuk syarikat Mobiversa Sdn Bhd. Syarikatnya membangunkan sejenis alat yang dipanggil Ezywire. Alat berkenaan membolehkan peniaga menerima bayaran melalui kad kredit menggunakan telefon bimbit.

Ezywire

Ezywire yang dibangunkan oleh mobiversa

Alat berkenaan dijual dengan harga RM498 seunit, dan mereka mengambil caj sebanyak 1.7% dari setiap transaksi. Apa yang menghairankan saya adalah bagaimana syarikatnya buat duit. Pada saya caj berkenaan terlalu kecil. Biasanya margin keuntungan setiap produk/perkhidmatan mestilah lebih 20 – 25%.

Apa yang lagi peliknya, ada pula funder yang sanggup keluarkan modal berjuta ringgit untuk syarikatnya. Bagaimana funder tu mendapatkan pulangan daripada pelaburannya. Saya betul-betul hairan. Setelah beliau memberi penerangan, baru saya faham.

Funder beliau ini dipanggil angel investor. Mereka ini mempunyai modal yang banyak. Mereka sentiasa mencari peluang-peluang melabur di dalam syarikat berpotensi untuk menggandakan wang mereka. Mereka tidak peduli tentang keuntungan jangka pendek. Apa yang mereka lihat adalah potensi pendapatan syarikat berkenaan.

Di dalam kes Mobiversa Sdn Bhd, potensi pendapatan syarikat berkenaan sangat besar. Semakin banyak alat ezywire berjaya di jual, maka cash flow syarikat berkenaan akan bertambah. Ini kerana setiap transaksi akan masuk ke dalam akaun mereka dahulu dan kemudian dipindahkan ke akaun pelanggan.

Semakin banyak wang masuk ke dalam akaun syarikat berkenaan, maka nilai saham syarikat berkenaan juga akan meningkat. Angel investor ini akan menjual sahamnya apabila nilai saham syarikat yang dilabur meningkat melebihi 20% setahun.

Sebagai contoh, apabila mereka mengeluarkan modal RM1 juta, mereka akan menjual pegangan saham dengan harga RM1.2 juta (untung RM200K) pada tahun berikutnya. Biasanya angel investor akan menjual pegangan sahamnya selepas 3 – 5 tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka hanya mengambil dividen sekiranya syarikat menjana keuntungan.

Begitulah cara orang kaya melabur wang mereka, mereka fokus kepada syarikat yang boleh menjana cash flow yang banyak. Mereka mendapat untung apabila nilai saham syarikat yang dilabur meningkat.

Satu lagi kelebihan apabila mereka melabur di dalam syarikat-syarikat begini, mereka dapat pengecualian cukai. Dengan modal yang dilaburkan, mereka membantu menggerakkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan.

Kerajaan suka peranan mereka ini dan memberi insentif melalui pengecualian cukai. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan modal dari angel investor, pastikan perniagaan anda itu berpotensi untuk menjana cash flow yang banyak.

Perhatikan syarikat seperti Uber, Grabcar, Airbnb dan Facebook yang mendapat modal berbillion dollar. Perniagaan mereka mempunyai potensi pendapatan yang sangat besar. Perkara kedua yang menarik minat angel investor adalah risiko perniagaan itu sendiri. Semakin rendah risiko perniagaan berkenaan, semakin tinggi minat angel investor.

Perniagaan seperti Uber, Grabcar, Airbnb, Facebook dan Ezywire hampir tiada risiko. Jadi tidak hairanlah mereka mudah mendapat modal dari angel investor. Untuk lebih faham tentang angel investor tonton video di bawah.

Angle Investor

Sekiranya anda ada duit extra dan berminat untuk menjadi angel investor untuk syarikat saya, jemput join group telegram di bawah. Saya akan update projek-projek terkini yang memerlukan modal dan angel investor. Antara projek yang sedang saya usahakan.

  • greenmatrixcarental.com – Laman web kereta sewa.
  • jvkeretasewa – Belian kereta untuk sewa pandu.
  • gocarreta.com – Sistem sewa kereta layan diri
  • jomride.comPeer To Peer Car Sharing.
  • drebar.comPrivate Tour & Chauffuer
  • mycampuscarrental.com – Kereta Sewa Bajet di Kampus.
  • travellingmalaysia.com –  Pakej percutian di Malaysia.
  • gmstay.com – Guest House Seluruh Malaysia.

Group Telegram ==> Angle Investor Group

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code