Wahi Abd Rashid

TIP MENGEMBANGKAN BISNES KERETA SEWA

Saya selalu ditanya bagaimana nak mengembangkan bisnes kereta sewa. Sebenarnya cara terbaik mengembangkan bisnes kereta sewa adalah dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Anda perlu pastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai pengusaha kereta sewa, anda perlu melihat keseluruhan proses perniagaan kereta sewa itu sendiri. Bermula dari proses mendapatkan pelanggan, tempahan, pengesahan, bayaran, penghantaran/pemulangan kereta hingga khidmat selepas jualan.

Ianya perlu mudah, pantas dan setiap pelanggan mestilah dilayan dengan baik. Tidak perlu teknik pemasaran yang ajaib, cuma fokus kepada kepuasan hati pelanggan. Nampak mudah, tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan.

BAGAIMANA GMCR LAKUKAN?

bisnes-model-gmcr-png

Bisnes Model GMCR

Daripada rajah ianya bermula apabila syarikat mendapat pertanyaan yang datangnya dari pelbagai sumber seperti facebook, google, email, panggilan telefon, sms, whatapps, telegram dan ada juga melalui instagram.

Semua pertanyaan berkenaan perlu dilayan dengan pantas. Jadi untuk memudahkan kerja syarikat menggunakan sistem laman web yang dibangunkan khas. Pelanggan boleh mendapatkan sebut harga, membuat tempahan dan membuat bayaran secara online pada bila-bila masa tidak kira di mana mereka berada.

Bagi pelanggan yang tidak mahu menggunakan tempahan online, kami menyediakan proses tempahan offline, biasanya pelanggan ini terdiri daripada syarikat korporat, regular customer dan individu yang tidak mahir dari segi IT.

Dari segi pembayaran syarikat menyediakan pelbagai mod pembayaran, kami menerima bayaran secara tunai, cek, online transfer dan juga pembayaran melalui kad kredit secara online dan juga offline.

Dari segi penghantaran kereta, kakitangan diingatkan supaya menghantar kereta dalam keadaan bersih dan tip top. Mereka perlu berpakaian kemas supaya pelanggan selesa berurusan. Biasanya pelanggan akan berpuas hati dan akan memberitahu perkhidmatan syarikat kepada kawan-kawan mereka.

Begitulah serba ringkas bagaimana GMCR mengembangkan perniagaan, tiada teknik ajaib, hanya fokus kepada kepuasan hati pelanggan dan hasilnya GMCR berjaya berkembang di seluruh Malaysia.

2 Thoughts on “TIP MENGEMBANGKAN BISNES KERETA SEWA

  1. Terima kasih tuan atas panduan…mohon kongsikan artikel.tq tuan…

  2. Sangat bermanafaat tuan.terima kasih…

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code