Wahi Abd Rashid

Apa Kata Peserta Program Licensing Kereta Sewa?

picture5

Alhamdulillah baru-baru ni saya baru habis mengadakan sesi coaching 2 hari untuk program licensing bisnes kereta sewa pada 27 – 28 Ogos 2016 di Kuala Lumpur. Seramai 19 peserta yang hadir di mana ada yang datang bersama business partner, pasangan suami isteri dan juga partner adik beradik.

Di dalam program coaching ini saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya membangunkan syarikat kereta sewa dari kosong sehingga sekarang. Seterusnya saya menerangkan perkara-perkara yang perlu mereka lakukan untuk menjadi seorang pengusaha kereta sewa yang berjaya.

Antara perkara yang diajar adalah strategi pemasaran paling berkesan untuk mendapatkan pelanggan berkualiti. Antaranya adalah penggunaan google business directory, google adwords, fb ads dan pelbagai saluran pemasaran online dan juga offline.

Seterusnya mereka diajar tentang sistem pengurusan kereta sewa yang meliputi cara penggunaan email rasmi syarikat, pengurusan tempahan melalui laman web dan juga sistem pengurusan akaun untuk bisnes kereta sewa. Alhamdulillah kesemua peserta berpuas hati dan berikut merupakan komen mereka.

“Buat kami lebih yakin – Mohd Afiq Bin Talit”

afiq


“Boleh pergi lebih jauh – Ahmad Hifdzan B Mohd Nor”

ahmad


“Memang berbaloi – Muhammad Bari’ Ismat Zamani”

bari


“Lebih teratur dan terurus – Muhammad Hafiz Mohd Nasarudin”

hafiz


“Sgt berbaloi – Nurhisham Bin Ramli”

nurhisham


“Dapat menambah ilmu, kenalan dan rangkaian – Md Salleh Sirajuddin”

salleh

Kebanyakan mengatakan tempoh coaching selama 2 hari adalah tidak cukup, walau bagaimanapun mereka tidak perlu bimbang kerana bimbingan akan diteruskan di mana mereka boleh bertanya apa sahaja soalan di dalam group telegram yang disediakan.

Saya berharap melalui program ini, pihak syarikat dapat melahirkan lebih ramai usahawan kereta sewa  yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan dan juga menjana pendapatan kepada negara dalam industri pelancongan. Insya Allah.

BERMINAT UNTUK JOIN?

Klik sini ==> PROGRAM LICENSING

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code