Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA SAYA MEMBELI 3 BUAH RUMAH BERNILAI LEBIH RM1 JUTA?

Pos ini sekadar untuk berkongsi pengalaman bagaimana saya berjaya membeli 3 buah rumah berharga lebih RM1 Juta di Bintulu. Bukan niat nak menunjuk, cuma nak ceritakan bahawa sesiapa pun boleh memiliki rumah walaupun tak ada apa-apa.

Saya sebenarnya bukanlah berasal dari keluarga kaya, Arwah ayah hanya seorang peneroka Felda ladang kelapa sawit di Pahang, arwah mak pula memang suri rumah sepenuh masa.

Saya datang ke Bintulu pada Ogos 2005 (umur 26 tahun). Masa tu saya ditawarkan bekerja sebagai tutor di Universiti Putra Kampus Bintulu. Gaji permulaan RM1,900 sebulan. Saya terpaksa jual motosikal untuk beli tiket flight ke sini.

Saya berhijrah ke Bintulu dengan membawa sedikit pakaian dan duit baki jualan motosikal (tak sampai RM1,000). Saya memang tak ada apa-apa harta dan simpanan. Maklumlah baru habis belajar di universiti.

Di Bintulu saya tak kenal sesiapa dan tiada saudara-mara. Memang sebatang kara dan datang sehelai sepinggang. Kira saya bermula dari kosong, yelek tak ada apa-apa. Family pun tak boleh nak bantu banyak.

Di Bintulu, saya tinggal di kuarters universiti (gambar 1). Bayaran sewa RM210 ditolak daripada gaji. Saya tinggal di situ dan berkahwin dengan Nurshirley Kamilia Abdullah​ pada Disember 2005. Isteri bekerja di tempat sama dan kami berdua memang berasal dari keluarga susah. Kira pipit sama pipit la.

photo_2016-06-09_22-04-00

Gambar 1 : Kuarter universiti tempat saya tinggal (sewa RM210 sebulan)

Selepas kahwin saya mula rasa duit gaji macam tak cukup. Salah satu faktor duit tak cukup adalah sebab tak tahu nak urus duit. Bila duit tak cukup, saya gunakan kad kredit. Lama-lama hutang kad kredit semakin bertimbun dan duit gaji habis membayar hutang saja.

Pada tahun 2006 timbul kesedaran untuk menambah pendapatan melalui perniagaan. Bermacam-macam perniagaan saya cuba buat, jual jersi, cenderahati, seluar jean tiruan, buka ladang sawit, sewa jentolak, broker hartanah dan bermacam-macam lagi.

Sayangnya semua perniagaan berkenaan tak menjadi. Hutang pun semakin bertambah hu hu. Nasib baik dulu saya ada pengalaman bekerja dalam bisnes kereta sewa di Langkawi.

Pengalaman itu saya gunakan untuk memulakan bisnes kereta sewa di Bintulu. Saya memulakan perniagaan pada November 2006. Fokus pelanggan hanya pada pelajar dan kakitangan universiti di tempat saya bekerja sahaja masa tu.

Alhamdulillah bisnes kereta sewa mendapat sambutan. Masalah tak cukup duit sedikit demi sedikit berkurangan. Malangnya masa bisnes baru nak naik, saya dapat surat amaran dari majikan yang meminta saya berhenti buat bisnes kereta sewa di dalam kampus.

Alasan bisnes tak ada lesen dan penjawat awam tak boleh berniaga. Mula-mula tu gelabah juga la, tapi saya tak patah semangat dan jadikan itu sebagai satu cabaran.

Tak lama selepas itu pada tahun 2007 saya ambil keputusan untuk keluar dari kuaters universiti dan menyewa sebuah rumah di luar kampus. Saya menggajikan seorang staff untuk menguruskan bisnes kereta sewa.

Rumah berkenaan (gambar 2) jenis semi-d dan disewa pada kadar RM800 sebulan. Kawasan rumah luas dan boleh parking 4 – 5 buah kereta sekaligus. Seronok dapat duduk rumah besar, tapi yang tak bestnya rumah milik orang lain.

photo_2016-06-09_22-04-43

Gambar 2 : Rumah yang saya sewa RM800 sebulan

Pada tahun 2008 saya dan isteri berjaya beli rumah pertama berharga RM175,000 (gambar 3). Kami gunakan slip gaji di universiti dan simpanan KWSP untuk membeli rumah berkenaan.

photo_2016-06-09_22-04-54

Gambar 3 : Rumah pertama yang dibeli berharga RM175,000.

Bisnes kereta sewa dipindahkan ke rumah yang dibeli. Alhamdulillah bisnes terus berkembang dan kereta sewa pun semakin bertambah. Bila bisnes semakin berkembang, rumah pun jadi semakin crowded dan kurang selesa untuk didiami.

Pada tahun 2010, saya membeli rumah kedua (gambar 4) berharga RM210,000 dan memindahkan operasi bisnes kereta sewa ke rumah berkenaan. Kereta-kereta diletakkan di rumah berkenaan dan staff boleh tinggal secara percuma di situ.

photo_2016-06-09_22-05-02

Gambar 4 : Rumah kedua dibeli berharga RM210,000.

Saya dapat tinggal selesa di rumah pertama dan akan memantau operasi bisnes kereta sewa di rumah kedua. Cuma masalah saya tak dapat nak memantau operasi bisnes kereta sewa selalu. Kos pun dah meningkat sebab perlu tanggung 2 buah rumah.

Fikir punya fikir saya ambil keputusan untuk beli rumah lebih besar di mana saya dapat tinggal dan menjalankan bisnes kereta sewa di tempat yang sama. Pada tahun 2013 isteri saya berjaya membeli rumah ketiga (gambar 5) berharga RM680,000.

photo_2016-06-09_22-04-29

Gambar 5 : Rumah ketiga dibeli berharga RM680,000.

Rumah pertama dan kedua saya sewakan dan lebihan daripada kutipan sewa digunakan untuk menampung sebahagian ansuran bulanan rumah ketiga. Itulah serba sedikit kisah saya membeli 3 buah rumah berharga lebih RM1 juta (RM175,000 + RM210,000 + RM680,000 = RM1,065,000).

Apa yang saya nak sampaikan semua orang boleh beli rumah, tapi kena phase by phase la. Saya bermula dari kosong di Bintulu, kemudian duduk kuarters majikan selama 2 tahun dan seterusnya menyewa rumah selama setahun.

Lepas 3 tahun baru beli rumah pertama. Setiap 2 – 3 tahun saya beli sebuah rumah. Aliran tunai dan simpanan daripada bisnes kereta sewa banyak membantu dalam pembelian rumah kedua dan ketiga.

Kepada yang belum mampu beli rumah tu slow-slow la. Kumpul duit sikit-sikit dan beli rumah ikut kemampuan. Jangan la terkam rumah harga mampu tengok. Cuba beli rumah kos rendah dulu. Sebolehnya mulakan perniagaan secara sambilan. Tak kisah berniaga apa pun, yang penting ada untung sikit dan cashflow laju.

Buang ego tu, baca buku, hadir seminar dan bertanya mereka yang ada pengalaman. Kalau nak tahu lebih detail bagaimana saya berjaya beli rumah-rumah berkenaan boleh dapatkan Ebook Rahsia Pinjaman Rumah melalui link ini ==> www.rahsiapinjamanrumah.com.

Ecover Nurul Luvleey

Kalau artikel ini bermanfaat sila share ya.

One Thought on “BAGAIMANA SAYA MEMBELI 3 BUAH RUMAH BERNILAI LEBIH RM1 JUTA?

  1. Hamba Allah on July 22, 2016 at 8:17 pm said:

    Alhamdulillah. Sy dan suami juga telah memiliki 3 rumah yg bernilai lebih RM1 juta disekitar selangor dalam usia 30 tahun 🙂

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code