Wahi Abd Rashid

7 TIP MENAPIS PELANGGAN KERETA SEWA

Salam hormat,

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca pos kali ini. Saya percaya kebanyakan masalah pengusaha kereta sewa berpunca daripada tersilap memberi sewa kepada pelanggan yang tidak sepatutnya. Pelanggan berkenaan mungkin tidak mempunyai duit, perompak, penagih dadah, penjenayah dan sebagainya. Saya juga pernah berhadapan dengan pelanggan sebegini. Berdasarkan pemerhatian saya terdapat bebebrapa cara bagaimana untuk menapis pelanggan sebegini. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda;

  1. Sebolehnya minta pelanggan buat tempahan online. Daripada maklumat seperti email, no kad pengenalan dan sebagainya, banyak maklumat boleh diperiksa seperti maklumat tempat kerja, pendaftaran pengundi, saman trafik, akaun facebook dan sebagainya.
  2. Elakkan memberi sewa kepada pelanggan yang tidak dapat membuktikan alamat/majikan tempat mereka bekerja. Minta pelanggan mengemukakan kad kerja atau kad bisnes sebelum memberi sewa. Kebiasaannya penjenayah tidak mempunyai kerja tetap.
  3. Elakkan pembayaran menggunakan tunai, minta pelanggan membayar menggunakan kad kredit. Kebiasaannya hanya pelanggan yang mempunyai pendapatan dan pekerjaan yang stabil sahaja mampu memiliki kad kredit. Boleh guna perkhidmatan paypal untuk mengurangkan kos.
  4. Sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad kredit, minta mereka membayar deposit yang tinggi. Contohnya harga sewa + RM2,000 deposit. Sekiranya pelanggan itu benar-benar ingin menyewa, maka mereka pasti sanggup membayar deposit berkenaan. Pelanggan yang tidak berduit atau berniat jahat pasti menarik diri.
  5. Lokasi penghantaran kereta juga penting, sekiranya pelanggan meminta anda menghantar kereta ke kawasan rumah atau hotel murah, maka anda perlu berhati-hati. Pelanggan yang tinggal di hotel 3 bintang ke atas atau kawasan perumahan yang sederhana, selalunya tidak bermasalah.
  6. Minta mereka memberikan nama penuh dan no ic. Semak latar belakang pelanggan melalui google. Kalau bernasib baik anda dapat melihat link yang berkaitan mengenai pelanggan.
  7. Semak latarbelakang pelanggan melalui rekod CTOS. Walau bagaimanapun hanya syarikat yang melanggan khidmat CTOS sahaja dapat berbuat demikian. Sekiranya pelanggan mempunyai rekod dalam CTOS, seboleh-bolehnya elakkan berurusan dengan mereka.

Baiklah saya berharap tip berkenaan membantu anda.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code