Wahi Abd Rashid

BETULKAH PENDAPATAN TINGGI, CUKAI JUGA TINGGI?

Salam hormat, terima kasih kerana meluangkan masa membaca pos ini. Betulkah semakin tinggi pendapatan kita, maka cukai juga tinggi. Bagi orang yang bekerja makan gaji perkara ini adalah benar. Ini kerana cukai dikenakan berdasarkan jumlah gaji yang diterima.

Semakin tinggi gaji anda, maka cukai pendapatan juga tinggi. Sebab itu ramai rakan-rakan yang bekerja di syarikat minyak, mengeluh apabila menerima bonus 6 bulan gaji. Ini kerana sebahagian besar pendapatan berkenaan akan dikenakan cukai. Bagi mereka yang berpendapatan RM100,000  setahun cukai pendapatan adalah 26%. Rujuk rajah di bawah.

cukai

Bagi orang bisnes, walaupun pendapatan mereka lebih tinggi, namun mereka membayar cukai lebih rendah daripada orang yang makan gaji. Ini kerana cukai hanya dikenakan berdasarkan keuntungan syarikat. Semakin tinggi keuntungan syarikat, maka cukai juga tinggi.

BAGAIMANA MEREKA MENGURANGKAN CUKAI?

Bagi orang bisnes, cukai memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun mereka boleh mengurangkannya. Caranya adalah dengan mengurangkan keuntungan syarikat. Berikut merupakan beberapa cara yang biasa digunakan untuk mengurangkan keuntungan syarikat:

  1. Melabur kembali di dalam perniagaan kerana modal dikecualikan cukai.
  2. Membayar zakat dan bersedekah.
  3. Memberi hadiah kepada orang tertentu.
  4. Membayar pelbagai jenis elaun kepada pengarah syarikat

Sebab itu ada sesetengah syarikat tidak mencatatkan keuntungan walaupun pendapatan tahunan melebihi jutaan ringgit. Ini kerana mereka berbelanja dahulu, dan lebihan baru digunakan untuk membayar cukai. Itupun sekiranya masih ada lebihan.

Berbeza dengan orang makan gaji, mereka perlu membayar cukai dahulu dan lebihan baru boleh dibelanjakan. Justeru orang makan gaji lebih banyak membayar cukai berbanding orang bisnes. Itu merupakan kelebihan sekiranya anda menjadi orang bisnes.

Semoga artikel ini bermanfaat. Insya Allah.

11 Thoughts on “BETULKAH PENDAPATAN TINGGI, CUKAI JUGA TINGGI?

  1. Terima kasih En Wahi atas artikel menarik ini.

    Saya ada persoalan, bagaimana pula nak kira cukai jika kita bekerja dan pada masa yang sama mempunyai perniagaan ya?

    Terima kasih.

  2. Untuk syarikat IT, boleh apply MSC Status. Dapat pelepasan cukai 10 tahun

  3. Salam Tuan Mat

    Jika bekerja dan mempunyai perniagaan, Tuan perlu menghantar Borang B. Due date pada Jun 2014 dan tambahan masa 15 hari jika Tuan hantar dengan e-filing.

    Istimewa bagi tahun ini adalah pelepasan RM 2,000 bagi jumlah pendapatan kurang dari RM96,000.

    Terima kasih.

  4. Trima ksih en.wahi..baru sy nmpk…

  5. Anonymous on May 27, 2014 at 9:57 am said:

    Terima kasih Tuan Wahi atas perkongsian Tips ini.

  6. Adakah berbeza kalau syarikat enterprise dengan Sdn Bhd salam pembayaran cukai? Saya dengar enterprise sama je dengan peribadi cukai die. So kena bayar cukai dulu baru berbelanja. Mohon pencerahan.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code