Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA MENDAPATKAN PELABUR DI DALAM BISNES KERETA SEWA?

Berikut merupakan soalan yang ditanya oleh seorang rakan usahawan tentang bagaimana untuk mendapatkan rakan pelabur di dalam bisnes kereta sewanya di Johor.

Soalan

Saya ingin meminta mendapat atau saranan tuan berkenaan mengembangkan bisnes dengan share partners. Saya mempunyai hasrat memberi tawaran kepada keluarga atau rakan untuk berkongsi membeli kereta untuk di bisneskan di bawah kelolaan saya. Namun, apakah sistem yang terbaik untuk mulakannya? Antara kemusykilan saya adalah : Adakah pembelian harus menggunakan nama share partners tersebut atau pihak saya dan share tersebut adakah sekadar jumlah untuk deposit pembelian kereta?

Jawapan

Beli atas nama partner. Downpayment 50/50. Kereta hak milik bersama

Soalan

Berapa lama tempoh masa terbaik untuk mengikat kontrak?

Jawapan

Sampai kereta dah tak boleh nak sewa lagi. Apabila sampai masa itu, kereta itu hendaklah dijual. Hasil jualan bahagi 2. Kalau salah seorang nak memiliki kereta tersebut, anggap tuan menjual kepadanya ikut harga pasaran.

Soalan 3

Bagaimana keuntungan di bahagikan, adakah mengikut persen keuntungan bulanan atau kadar tetap?

Jawapan

Bagi fix komisen. Kalau mcam saya RM300 sebulan. Setiap tahun minta waive 4 bulan untuk bayar insuran dan road tax dan perbaiki kerosakan.

Soalan 4

Perlukah kita menandatangani kontrak perjanjian dan di setemkan supaya ianya kelihatan lebih formal?

Jawapan

Sebaik-baiknya perlu. Nasihat saya jangan minta orang melabur dalam perniagaan tuan. Biar mereka dengan rela hati melabur dengan tuan. Pastikan tuan berkuasa penuh di dalam perniagaan. Jangan biarkan rakan kongsi boleh menentukan itu dan ini dalam keputusan syarikat. Pastikan tuan boleh remove rakan kongsi sekiranya tuan tidak suka.

One Thought on “BAGAIMANA MENDAPATKAN PELABUR DI DALAM BISNES KERETA SEWA?

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code