Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA KAMI BERJAYA MEMBELI 3 BUAH RUMAH BERHARGA RM1.06 JUTA?

Salam Hormat,

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana “kami” berjaya membeli 3 buah rumah berharga RM1.06 Juta dalam masa 5 tahun. Saya bahasakan diri sebagai “kami” kerana usaha ini dilakukan secara berpasukan di antara saya dan isteri.

Rumah pertama dibeli dengan harga RM175,000 pada tahun 2008 di atas nama saya dan isteri. Pembelian rumah ini tidak menghadapi banyak masalah kerana saya dan isteri masih bekerja di universiti. Walaupun komitmen hutang kami tinggi, namun sokongan penyata akaun semasa banyak membantu kami membeli rumah ini. Pada waktu itu, gaji saya dan isteri lebih kurang RM6000 dan wang keluar masuk di dalam akaun semasa adalah RM15,000 sebulan. Kami menggunakan wang KWSP untuk membayar sebahagian besar bayaran muka rumah berkenaan.

Pada tahun 2010, perniagaan bisnes kereta sewa kami semakin berkembang dan kami perlu memindahkan operasi ke rumah yang lebih besar. Syukur Alhamdulillah permohonan pinjaman perumahan kami diluluskan untuk membeli rumah yang berharga RM210,000. Kali ini kami terpaksa mengikat perut membayar bayaran muka dan yuran guaman sebanyak RM40,000 menggunakan duit simpanan sendiri. Untuk makluman, pembelian rumah ke 2 tidak layak untuk pengeluaran KWSP. Aliran wang masuk di dalam akaun semasa adalah RM50K sebulan.

Pada tahun 2013, kami berjaya membeli rumah ke 3 jenis semi-d 2 tingkat berharga RM680K. Rumah ini dibeli bagi memindahkan operasi perniagaan yang semakin berkembang. Dua buah rumah yang dibeli sebelum ini akan disewakan. Ketika memohon pinjaman rumah ini, cashflow di dalam akaun semasa syarikat setiap bulan adalah RM125K.

BAGAIMANA KAMI LAKUKAN?

Kalau hendak diikutkan, kami sebenarnya tidak layak untuk membeli ketiga-tiga buah rumah berkenaan memandangkan komitmen hutang kami sangat tinggi. Maklumlah bila dah buat bisnes kereta sewa, nama kami penuh dengan pinjaman kereta. Tetapi disebabkan sokongan penyata akaun semasa kami berjaya membeli ketiga-tiga buah rumah berkenaan.

Bagi mereka yang menghadapi masalah membeli rumah. Berikut merupakan langkah yang perlu diambil;

  1. Tubuhkan syarikat (enterprise pun ok)
  2. Buka akaun semasa syarikat.
  3. Gaji/Pendapatan perniagaan di masukkan ke dalam akaun semasa syarikat.
  4. 10% daripada pendapatan di simpan di dalam ASB.
  5. Semasa memohon pinjaman, sertakan penyata akaun semasa syarikat selama 6 bulan, buku simpanan ASB, tabung haji, KWSP dan aset cair yang ada.

Insya Allah, pinjaman anda mudah untuk diluluskan.

4 Thoughts on “BAGAIMANA KAMI BERJAYA MEMBELI 3 BUAH RUMAH BERHARGA RM1.06 JUTA?

  1. Salam Tuan,

    Kalau ada company enterprise, dan akaun semasa atas nama sendiri untuk syarikat tu, bank blh consider x?

  2. Salam. Saya tak ada perniagaan. tapi nak beli ruman. Rumah pertama. Gaji rm 2050 je.

  3. ruzaimi on August 15, 2015 at 1:45 am said:

    salam tuan…klau kita dh beli rumah utk disewa…mknanya banker akan kira pendapatan sewa kita sebagai income lh….? komitmen lain dia ambilkira x sprti byaran kereta n potongan asb? ….contohnya ansuran kereta better x msukkan dalam potongan akaun simpanan ke ? supaya bali gaji kite lbih banyak…Blh jelaskan..

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code