Wahi Abd Rashid

BEKAS WAITER HOTEL, JANA PENDAPATAN RM15K SEBULAN

Picture14

Skrinshot di atas merupakan perbualan saya dengan Tuan Muhammad Azuan Zakaria. Beliau kini merupakan pengusaha kereta sewa sepenuh masa di Langkawi.

Sebelum terlibat di dalam bisnes kereta sewa beliau pernah bekerja sebagai pelayan hotel Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan. Jawatan beliau yang terakhir adalah Penolong Kewangan dengan gaji RM2,000 sebulan.

MULA BISNES KERETA SEWA

Picture19

Pada bulan Jun 2013 beliau mengambil keputusan untuk memulakan bisnes kereta sewa di bawah jenama Green Matrix Car Rental.

Setelah lebih kurang setahun menjalankan bisnes kereta sewa, beliau berjaya menjana pendapatan secara purata RM15,000 sebulan.

Memandangkan pendapatan berkenaan melebihi daripada gajinya di hotel, maka beliau mengambil keputusan berhenti kerja pada bulan April 2014.

PERSAINGAN TINGGI BUKAN HALANGAN

Walaupun Pulau Langkawi menerima kunjungan pelancong yang sangat ramai, namun memulakan bisnes kereta sewa bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana persaingan di antara pengusaha kereta sewa di sana amatlah sengit.

Sungguhpun begitu, Tuan Muhamad Azuan B. Zakaria telah membuktikan dengan ilmu dan strategi pemasaran yang betul beliau berjaya menghadapi persaingan tanpa sebarang masalah.

Kini beliau sedang berusaha untuk mengembangkan perniagaan kereta sewa menerusi segmen-segmen yang belum diterokai oleh usahawan kereta sewa lain di tempatnya.

BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI?

Berikut merupakan maklumat untuk menyertai Green Matrix Car Rental ==> Licensing GMCR.

4 Thoughts on “BEKAS WAITER HOTEL, JANA PENDAPATAN RM15K SEBULAN

  1. huhuhu..kalau kelapangan memang nak join..

  2. Assalamualaikum, saya ingin JV dengan GMCR. Ketika ini memiliki tiga buah kereta:
    1. Viva Manual
    2. Viva Auto
    3. Axia 1.0 Auto

    Bagaimana untuk berurusan dengan pihak tuan?

  3. Nassry on May 20, 2016 at 1:01 pm said:

    Salam…ade lg ker program ni…

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code