Wahi Abd Rashid

TAK MAHU MAKAN GAJI, BUAT BISNES KERETA SEWA

Picture1

Skrinshot di atas merupakan sebahagian cek yang dikeluarkan oleh syarikat saya kepada Syarikat Humam Enterprise. Syarikat berkenaan merupakan milik Tuan Humam Azmi yang juga merupakan salah seorang rakan niaga Green Matrix Car Rental di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebenarnya tuan Humam Azmi ni merupakan salah seorang pelajar saya di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Beliau mengambil bidang Diploma Perikanan.

Sambil belajar beliau ni suka berniaga. Semasa saya memulakan bisnes kereta sewa dulu, beliau banyak membantu saya menguruskan bisnes berkenaan. Saya bayar komisen 20% daripada kutipan sewa. Dalam sebulan dapat juga duit belanja RM700 – 800.

Selepas tamat pengajian Diploma Perikanan, beliau sambung belajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semasa di Universiti, beliau ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa kepada kawan-kawannya.

Selepas tamat belajar, beliau ambil keputusan untuk menyertai Green Matrix Car Rental di Kota Kinabalu, Sabah. Kini secara purata pendapatan beliau lebih kurang RM27K sebulan.

Tuan Humam Azmi merupakan seorang anak muda yang jujur, kuat pegangan agama dan sangat hormat kepada gurunya. Kami kini dalam proses menubuhkan sebuah anak syarikat bersama iaitu Green Matrix Borneo Sdn Bhd. Syarikat berkenaan akan fokus untuk pembelian kereta sewa, hartanah dan pelancongan di Sabah.

BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI?

Berikut merupakan maklumat untuk menyertai Green Matrix Car Rental ==> Licensing GMCR.

8 Thoughts on “TAK MAHU MAKAN GAJI, BUAT BISNES KERETA SEWA

  1. Hohohoho..tunjuk ajari sifu…

  2. Anonymous on September 27, 2014 at 8:10 pm said:

    Mcmne nak apply utk masuk gmx

  3. Assalam en.wahi.. sy bminat nak sertai syarikat tuan. tp nk buat bayaran rm3k tu sekrg mustahil. sy kena keluarkan dr akaun unit trust yg mana proses pengeluaran wang tunai selama 2 mggu. sy tggal d pulai johor bahru dkt dgn utm skudai dan airport senai. telah daftar ssm enterprise tp ada 2 nama.. nama ptama sy dan husbnd nama kedua. telah buka akaun semasa d maybank. now ada sebijik kereta giat kami sewakan semenjak oktober 2013. kami mpunyai masalah utk menambah bilangan kenderaan krn permintaan bertimpa pd satu2 masa. Adakah kami masih boleh sertai peluang ini? adakah kami memenuhi syrat2 yg en.wahi mahu? adakah kami masih bpeluang menyertai syarikat en.wahi memandgkan sy tak dpt mdaftar dan mbuat bayaran pd hari ini?

  4. farid othman on February 27, 2015 at 7:47 am said:

    Salam,
    Sy berminat,tp cmne nk join yerk?
    0169215026

  5. raymond on August 6, 2015 at 1:30 am said:

    tuan,sy pn nk join mcm ner..

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code