Wahi Abd Rashid

5 BIJI KERETA KENA CURI, RUGI RM340,000

Semenjak saya saya menjalankan bisnes kereta sewa dari tahun 2006, saya telah kehilangan 5 unit kereta sewa (2 Toyota Hilux, 1 Proton Saga, 1 Nissan Frontier, dan 1 Nissan Grand Livina).

Jumlah kerugian adalah RM340,000. Ada yang dapat claim insuran dan ada yang tidak. Kesilapan saya adalah kerana tidak memasang GPS Tracker. Maklumlah pada masa itu, teknologi GPS Tracker masih baru dan kos pemasangan sangat mahal. Kalau tak silap kosnya lebih RM1,000 seunit.

Pada masa itu saya ada 70 unit kereta sewa. Memang berat rasa hati nak pasang GPS Tracker. Bagi menjimatkan kos, saya telah membeli beberapa unit GPS Tracker dan memasang sendiri kepada beberapa kereta yang “panas”.

Sekiranya saya ragu-ragu dengan seseorang pelanggan, maka saya akan meminta kakitangan saya memasang alat berkenaan pada kenderaan yang akan di sewa oleh pelanggan berkenaan.

Pada mulanya ia berjalan dengan baik, namun apabila GPS Tracker selalu berpindah dari satu kereta ke kereta yang lain, saya dapati kakitangan saya selalu confuse GPS Tracker berkenaan berada di dalam kenderaan mana satu.

Akibatnya, kami dapat mengesan kereta, tetapi tidak tahu kereta mana satu yang kami kesan. Sepatutnya ada sistem rekod, tetapi saya nampak kakitangan saya malas nak buat rekod. Kalau tak suruh, tak buat. Padahnya saya yang kena tanggung kalau kereta hilang.

Dari situ saya berpendapat setiap kereta perlu ada GPS Tracker sendiri. Seterusnya sekiranya bilangan kereta sewa anda semakin banyak (lebih 10 buah), saya mencadangkan pengusaha kereta memantau kedudukan kereta sewa anda melalui internet (boleh pantau melalui telefon bimbit).

Pemantauan menggunakan SMS kurang efektif kerana anda terpaksa SMS satu persatu GPS Tracker untuk mendapatkan kedudukan kereta. Pemantauan melalui internet membolehkan anda memantau kedudukan setiap kereta (maximum 300 kereta) dengan satu klik sahaja.

MENGAPA ANDA PERLUKAN GPS TRACKER?

Saya rasa setiap pengusaha kereta sewa perlu memasang GPS Tracker pada kereta masing-masing. Kos mungkin sedikit mahal, tetapi amat berbaloi. Kalau tidak anda mungkin mengalami kerugian beratus-ratus ribu seperti yang saya alami dulu.

DI MANA NAK DAPATKAN GPS TRACKER?

Saya pernah membeli GPS Tracker daripada beberapa pembekal. Salah seorang pembekal menawarkan harga yang lebih murah dan saya sangat berpuashati dengan support yang beliau berikan. Klik sini untuk melawat laman web beliau www.gpstracker-malaysia.com.

8 Thoughts on “5 BIJI KERETA KENA CURI, RUGI RM340,000

  1. Terima KAsih diatas perkongsian pengalaman tuan,

  2. Bagaimana cara memasang alat tu dan berapa upah biasa diambil

  3. ruly sibat on September 27, 2014 at 9:57 am said:

    peringtan yg baik.. tq tuan..

  4. Anas Othaman on July 25, 2016 at 9:50 pm said:

    Salam tuan…orang yg sewa kereta tu kan bg salinan IC? Mmg xdpt trace juga yer tuan?

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code