Wahi Abd Rashid

TIP TUNTUT SAMAN ATAU HUTANG

Assalamualaikum dan salam hormat

Baru-baru ini saya menerima email begini

“Assalamualaikum..saya ingin bertanya, sekiranya kereta yg disewa pelanggan mendapat saman PDRM @ JPJ, apakah prosedurnya? Bagaimakah jika prlanggan tdk mahu membayarnya kerana telah melalui tempoh yg lama sebelum saman diketahui (melalui semakan online @ pos)..tq”

Secara ringkasnya saya menjawab begini

Wasalam

  • Maklumkan pelanggan minta mereka bayar secara baik.
  • Kalau tak bayar buat laporan polis. Maklumkan kepada pelanggan.
  • Kalau tak bayar juga masukkan nama mereka dalam www.senaraipenipu.com dan Facebook Pages Kami Benci Kaki Tipu kemudian maklumkan kepada pelanggan.
  • Kalau tak bayar juga anggap tak ada rezeki.

Tip Tambahan

  • Pada masa depan sebolehnya tapis pelanggan, pastikan anda tahu di mana pelanggan bekerja.
  • Kalau bank mereka akan buat gangguan di tempat kerja pelanggan.
  • Gangguan sampai tahap pelanggan terloncat-loncat mahu membayar hutang he he.

Esoknya saya menerima email ini

Terima kasih byk2 atas nasihat tuan..bila saya hantar message spt ini :

“Maaf..sehingga kini tiada respon dari encik..saya beri peluang utk encik respon dlm masa terdekat..sekiranya tiada pembayaran, saya akan melakukan tindakan berikut:

  • Buat laporan polis.
  • Muat naik maklumat encik dlm website berikut: www.senaraipenipu.com dan medium sosial yg lain spt fb,blog,tweeter,instagram dll..harap maklum.

Akhirnya mlm td dia respon begini :

“Saya tengah usahakan. Saya akan jelaskan bayaran pada masa yang terdekat. Harap maklum. Sekian”

Sekurang2 ada perkembangan positif..tak sia2 saya mengenali tuan..t.kasih sekali lagi..

He he mudah bukan nak kutip hutang daripada pelanggan. Kaedah ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang nak kutip hutang. Tak perlu buang duit nak upah peguam dan sebagainya.

Walau bagaimanapun strategi ini tidak 100% terjamin. Namun ia pasti membuatkan mereka melompat-lompat untuk membayar hutang anda. Tak percaya cuba buat.

ps : maaf kalau ada salah ejaan, saya copy paste saja email yang diterima.

3 Thoughts on “TIP TUNTUT SAMAN ATAU HUTANG

  1. Mohd fazlie chin on October 13, 2015 at 12:27 pm said:

    Salam tuan wahi,bolehka tuan cadangkan atau ada iktiar lain untuk pindahkan saman kepada atas penyewa tersebut. Saman merupakan masalah atau kos yg plg tinggi sehingga jutaan ringgit bagi sebuah syarikat kereta sewa besr.

  2. HONG JING on April 20, 2017 at 10:17 am said:

    SALAM TUAN, BEGINI I BUAT SHORTCUT, WANITA INI TELAH MENDORONG SAYA HINGGA MEMBERI BELIAU RM1000, BELIAU ,EMGATAKAN DALAM HARI KEDUA SAYA AKAN DIBAYAR RM1200, SAMPAI MASA YANG DIJANJIKAN BELIAU TAK BUAT PERKARA TERSEBUT, BELIAU BERTINDAK MEMBLOK SAYA DIWASAP, FB DEACTIVES, TAPI SAYA BERJAYA DAPATKN NUMBER SUAMINYE DAN AYAH MERTUA BELIAU, PERLU KE SAYA BUAT REPORT POLIS DULU UNTUK COVER DIRI SEBELOM SAYA KE RUMAH BELIAU ATAUPON KE TEMPATT BELIAU MENIAGA

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code