Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA SAYA SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN

Picture57

Skrin shot di atas merupakan salah satu mesej yang saya dapat melalui email. Menurut penulis beliau ingin meminjam wang daripada saya untuk membayar hutang-hutangnya.

Tersentap juga saya menerima email berkenaan. Bukan apa, saya langsung tak kenal penulis berkenaan. Macamana dia boleh sesuka hati hantar email minta pinjam duit? Pelik betul.

Email berkenaan bukan yang pertama yang saya terima. Ada juga beberapa orang yang menghantar email dan mesej mahu meminjam wang. Mudahnya cara mereka menyelesaikan masalah kewangan. Tak ada duit, buat pinjaman.

Baiklah artikel kali ini bukan tujuan untuk mempersenda sesiapa, cuma saya nak kongsi pengalaman bagaimana saya dan isteri menyelesaikan masalah kewangan yang kami hadapi.

BEGINI CERITANYA

Pada bulan march 2013, kami telah berjaya membeli sebuah rumah berharga RM680K. Kami terpaksa membelanjakan hampir RM145K membayar perkara-perkara berikut;

Perkara

Kos (RM)

Bayaran muka

68,000

Yuran guaman

25,000

Renovasi pejabat di rumah (SOHO)

10,000

Pemasangan kipas dan lampu

6,500

Pasang autogate

3,500

Kabinet dapur

25,000

Dapur & Kitchen Hood

2,500

Perabot rumah dan pejabat

5,000

Jumlah

145,500

Picture58

Rumah baru yang berjaya dibeli.

Banyak jugalah duit habis, boleh dikatakan simpanan kami habis licin untuk membayar kos-kos di atas (he he kantoi, kami sebenarnya bukan kaya sangat pun). Alhamdulillah semua kos di atas dibayar secara tunai.

Untuk makluman anda, pembelian rumah berkenaan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia adalah untuk memindahkan operasi perniagaan kereta sewa kami yang semakin membesar.

Saya rasakan rumah lama terlalu crowded dan tidak lagi selesa untuk didiami oleh 9 orang ahli keluarga (saya tinggal bersama ibu bapa mertua dan 2 adik ipar).

Picture59

Rumah lama yang kami tinggal  dahulu

Seperti yang saya nyatakan di atas “duit simpanan kami habis licin membayar kos pembelian rumah baru”. Apabila kami membuat keputusan memindahkan operasi perniagaan kereta sewa di rumah baru, terdapat beberapa kos tambahan lain yang terpaksa kami tanggung. Berikut merupakan sebahagian daripadanya;

Perkara

Kos (RM)

Tempat letak kereta (simen lantai)

25,000

Bengkel servis kereta belakang rumah

10,000

Tinted cermin pejabat (bilik terlalu panas)

3,500

Jumlah 38,500

Secara keseluruhannya kami terpaksa membelanjakan wang sebanyak RM38.5k untuk membiayai kos extra tersebut. Alhamdulillah semuanya berjaya dibayar secara tunai.

DILANDA BANJIR KILAT

Setelah berhabis ratusan ribu, kami diuji pula dengan banjir kilat. Lebih kurang 16 buah kereta sewa kami ditenggelami air. Mujur air hanya naik separas lutut. Kebanyakan kereta mengalami kerosakan Electronic Central Unit (ECU) dan kos penggantian alat berkenaan lebih kurang RM15K. Alhamdulillah, kami berjaya membayar kos kerosakan berkenaan secara tunai.

Dalam kejadian banjir berkenaan, apa yang menyedihkan saya adalah stok buku dan DVD jualan saya habis musnah. Kos kerugian lebih kurang RM5K. Alhamdulillah, saya berjaya membeli semula stok-stok berkenaan secara tunai.

NAIK TARAF LAMAN WEB SYARIKAT

Walaupun kami dilanda musibah, namun kami bernasib baik kerana banyak pihak yang berminat untuk menyertai Green Matrix Car Rental melalui konsep licensing. Walau bagaimanapun kami tidak dapat menerima permohonan baru selagi kami tidak menyiapkan platform laman web untuk semua rakan niaga.

Ini kerana saya dapati setiap rakan niaga cenderung untuk membina laman web sendiri menggunakan jenama Green Matrix Car Rental. Masalah ini akan menyebabkan pelanggan akan keliru kerana terlalu banyak laman web Green Matrix Car Rental di internet.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan saya perlu mengupah seorang programmer untuk membina laman web khas untuk syarikat saya. Selain itu saya perlu mencetak dokumen sewa untuk semua rakan niaga yang ingin menyertai kami. Kos keseluruhan lebih kurang RM15k.

Sudahlah kerugian puluhan ribu ringgit  akibat banjir, terpaksa pula keluar modal untuk bantu lebih ramai usahawan kereta sewa sertai Green Matrix Car Rental. Alhamdulillah walaupun sukar, namun kos berkenaan berjaya di bayar secara tunai.

PERCUTIAN KELUARGA

Pada bulan November, saya dan isteri bercadang untuk membuat road tour untuk menziarahi rakan niaga Green Matrix Car Rental di Semenanjung Malaysia. Sambil berziarah, kami mengambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga. Kos percutian lebih kurang RM10k dan Alhamdulillah semuanya dibayar secara tunai.

Pada bulan 2, saya dan isteri ada mengikuti Kongres Ainon Business School (ABS) di Kuala Lumpur. Kasihan nak tinggalkan anak-anak maka kami ambil keputusan untuk membawa bersama mereka. Memandangkan saya dan isteri akan mengikuti Kongres selama 2 hari, maka saya terpaksa membawa baby sitter untuk menjaga anak-anak kami di bilik hotel. Kos percutian lebih kurang RM10k. Alhamdulillah kami berjaya membayarnya secara tunai.

BAGAIMANA KAMI LAKUKAN?

Sekiranya diperhatikan setelah berpindah ke rumah baru, dalam masa 1 tahun kami telah berbelanja lebih kurang RM239,000 secara tunai. Saya juga agak hairan bagaimana kami boleh mencari duit sebanyak itu.

Walaupun bisnes kereta sewa kami semakin berkembang, namun margin keuntungan tidak banyak berbanding tahun sebelumnya. Ini mungkin kerana persaingan yang semakin sengit di kawasan kami beroperasi. Bilangan kereta sewa di cawangan saya di Bintulu juga sudah dikurangkan daripada 70 unit kepada 40 unit.

Apa yang saya perhatikan, setiap kali kami menghadapi cabaran kewangan soalan yang akan keluar dalam kepala kami adalah “How can we afford it?” atau “Bagaimana kami mampu membiayainya?”.

Setiap kali kami bertanya soalan berkenaan, maka secara automatik otak kami akan mula ligat berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan wang untuk membiayai apa yang kami mahu.

Sebagai contoh semasa hendak membuat road tour di seluruh Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 2013, kami memang tidak ada peruntukan untuk pergi bercuti. Maklumlah duit dah banyak habis untuk renovasi rumah.

Apa yang saya lakukan adalah, seminggu sebelum bertolak, saya mula menulis sebuah ebook bertajuk Rahsia Pinjaman Rumah. Alhamdulillah setelah seminggu bersengkang mata, akhirnya ebook berkenaan berjaya disiapkan. Setelah mendapat feed back yang positif daripada rakan-rakan, maka saya melancarkan ebook berkenaan.

Ecover Nurul Luvleey

Ebook Rahsia Pinjaman Rumah

Dalam masa yang singkat ebook berkenaan berjaya dijual sebanyak 250 unit dan menjana pendapatan sehingga RM7.5k. Wang berkenaan cukup untuk menampung sebahagian besar kos road tour berkenaan dan selebihnya ditanggung oleh syarikat kereta sewa kami.

Seterusnya semasa hendak membina laman web baru syarikat, kami melancarkan pra pendaftaran rakan niaga dan berjaya mengutip yuran licensing sehingga RM34k. Kos berkenaan cukup untuk membiayai pembinaan laman web baru dan cetakan dokumen sewa. Sebahagian lagi digunakan untuk menampung kerugian akibat banjir.

Bagi membeli semula stok buku dan DVD saya yang musnah akibat banjir, saya membuat pra pelancaran DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa (Edisi Baru). Saya mengambil masa 20 hari untuk menyiapkan pakej DVD berkenaan. Dalam masa yang singkat saya berjaya menjual DVD dan buku-buku dan hasil jualan mencecah RM25K.

Begitulah antara cara kami menghadapi cabaran kewangan. Kami tidak akan sesekali mengambil jalan mudah seperti membuat pinjaman untuk menyelesaikan masalah kewangan yang kami hadapi.

Sungguhpun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Namun setiap kali kami berjaya menyelesaikan masalah kewangan yang kami hadapi, masalah seterusnya menjadi lebih mudah.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan tidak kira samada masalah hutang, ingin memiliki sesuatu atau menghadapi musibah, elakkan mencari jalan penyelesaian mudah seperti membuat lebih banyak hutang.

Cuba hadapi masalah berkenaan. Cabar diri sendiri bagaimana anda mampu menyelesaikan masalah berkenaan. Ianya bukan mudah, namun sekiranya anda berjaya menyelesaikan masalah berkenaan, wang bukan lagi satu masalah.

Saya percaya, sekiranya anda tahu bagaimana menghasilkan wang tanpa wang, anda tidak perlukan bank atau sesiapa untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

5 Thoughts on “BAGAIMANA SAYA SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN

  1. keywordnya ‘cabar diri’ terima kasih tuan 😀

  2. produk digital adalah yang terbaik. Sebab susahnya sekali, hasilnya selagi kita jual dan ada permintaan. Duit akan berterusan akan dapat. Ia boleh generate pasif income kepada mereka yang pandai mengesan “permintaan”.

  3. Anonymous on September 9, 2014 at 12:06 pm said:

    wow… “cabar diri” saya suka dan telah mendapat idea. cara menyelesaikan masalah kewangan yang hebat, kena kerja keras. tma kasi sekali.

  4. Untuk membayar hutang cara penyelesaiannya bukan membuat pinjaman, kerana ia boleh menambah hutang dari yg sikit menjadi bukit.

    Seelok -eloknya selesai kan masalah tersebut dengan cara yang tidak menambah hutang seperti :

    1. Berniaga
    Tak mempunyai modal boleh bermula dengan secara online menjual produk orang lain.

    2. Bekerja
    Nak selesai kan masalah hutang, kita kena berusaha lebih. Buat kerja part time, selain dari kerja yang sedia ada.

    Nak atau Tak. Berani atau Tak.ia terletak kepada kemahuan kita sendiri.

    Terima kasih tuan kerana membuat artikel yang menarik untuk di bincangkan…

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code