Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PEMAJAK KERETA SEWA?

Picture46

Kali ini saya nak kongsi pengalaman mendapatkan pemajak. Seingat saya pemajak pertama yang bekerjasama dengan saya adalah rakan sekerja di universiti dulu. Kami membeli sebuah kereta Proton Wira 1.3 (M) secara tunai berharga RM8,000. Pada masa itu saya tidak mempunyai duit, jadi rakan saya mengeluarkan modal membeli kereta berkenaan. 

Cadangannya kereta itu hanya untuk disewakan kepada pelajar-pelajar di tempat saya bekerja dahulu. Walau bagaimanapun tidak berapa lama kemudian kereta berkenaan terpaksa dijual kerana keadaannya yang terlalu uzur. Wang hasil jualan, saya pulangkan semula kepada pemajak berkenaan.

Seterusnya pemajak saya yang kedua adalah seorang rakan yang bekerja sebagai guru. Pada masa itu saya mula mendapat tempahan daripada syarikat-syarikat minyak di Bintulu. Kami berkongsi membeli kenderaan pacuan 4 roda terpakai pada tahun 2008.

Malangnya setahun selepas itu kenderaan itu dicuri oleh penyewa kami. Akibat tidak tahu cara membuat tuntutan insuran yang betul, kami gagal mendapatkan pampasan. Kami terpaksa membayar ansuran bulanan kenderaan itu sehingga habis. Itu merupakan antara kesilapan saya dalam bisnes kereta sewa.

Seterusnya pada tahun 2009 kami berkongsi membeli sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 (A). Keuntungan daripada kereta berkenaan digunakan untuk membayar sebahagian ansuran bulanan kenderaan yang hilang tadi. Jadi beban tidaklah teruk sangat

Pada peringkat awal saya menghadapi banyak masalah seperti penipuan, kecurian, kemalangan dan sebagainya. Namun Alhamdulillah perniagaan saya tetap berkembang sedikit demi sedikit.

Melihat kepada perkembangan perniagaan saya, secara tidak langsung ia menarik minat beberapa orang rakan dan keluarga untuk bekerjasama dengan syarikat saya. Hasil kerjasama berkenaan membolehkan perniagaan saya terus berkembang.

Walaupun kadangkala perniagaan saya ada naik turun, namun saya tetap berusaha membayar wang pajakan kepada pemajak. Sekiranya menghadapi masalah, saya akan cuba selesaikannya. Saya tidak pernah sekali-kali lepas tangan.

Kebiasaannya pemajak di syarikat saya adalah pemajak berulang. Pada mulanya mereka akan memajak 1 atau 2 buah kereta dahulu. Selepas yakin dengan saya, maka mereka akan menambah bilangan kereta satu persatu. Ada pemajak yang meletakkan sehingga 6 buah kereta di syarikat saya.

Pada tahun 2010 saya memiliki 70 buah kereta sewa. Separuh daripadanya adalah kereta pemajak dan separuh lagi adalah milik saya dan isteri. Sebenarnya saya agak bimbang untuk mengambil kereta pemajak. Maklumlah harta orang, nanti sebab saya orang lain yang susah. Kalau harta sendiri, kalau susah pun saya sendiri yang tanggung.

Saya perhatikan apabila kepercayaan terhadap syarikat saya semakin tinggi, semakin ramai pihak yang berminat untuk memajak kereta kepada saya. Walau bagaimanapun saya tidak dapat menerima semua permintaan kerana bimbang overstock.

Sekiranya anda ingin mendapatkan pemajak, berikut merupakan sedikit tip daripada saya.

4 TIP UNTUK MENDAPATKAN PEMAJAK

  1. Cuba bekerjasama dengan rakan terdekat atau ahli keluarga terlebih dahulu.
  2. Mesti amanah, jaga harta pemajak seperti menjaga harta sendiri.
  3. Sekiranya berlaku masalah, selesaikan. Jangan sesekali lepas tangan.
  4. Sentiasa jaga nama baik syarikat.

Sekiranya anda mengamalkan tip di atas, Insya Allah anda tidak perlu pening kepala mencari pemajak. Mereka yang akan mencari anda.

6 Thoughts on “BAGAIMANA NAK DAPATKAN PEMAJAK KERETA SEWA?

  1. Sya rohayz, guru dr jitra, buntu nak jual atau nak terus simpan keta kembara dvvt 2006, msh elok, ingt nak sewa tp xtau cara, nak simpan xde org nk guna, bulan kena bayar lg, sy dah order hilux, mta pndangan en

  2. s.a.rahman on August 11, 2015 at 9:37 am said:

    melaka xde ke?

    • zulshazuan awang on September 2, 2015 at 1:49 pm said:

      Assalamualaikum tuan wahi. Sy ade sebuah kereta viva yg berminat utk sy pajak dgn syarikat tuan.

      Saya harap kita boleh bekerjasama

      Terima kasih

  3. Anonymous on June 18, 2016 at 6:42 am said:

    Assalamualaikum tuan wahi..menarik tentang artikel perniagaan tuan..Banyak memberi pengetahuan untuk lebih mendalami ilmu perniagaan..mudah mudahan tuan sentiasa mendapat keuntungan pahala dengan memberi sedeqah ilmu..Tuan,dengar kata business kereta sewa bakal masuk dlm pasaran UTM JB?betul kew?student bnyk demand dah ni..hehe,second larget IPT in malaysia.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code