Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA GAJI RM2002 BOLEH BELI RUMAH RM270,000?

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Picture23

Skrin shot di atas merupakan mesej yang saya terima daripada salah seorang rakan melalui facebook. Beliau sangat gembira kerana permohonan pinjaman rumahnya yang pertama telah lulus. 

Harga rumah berkenaan adalah RM270,000. Beliau mendapat margin pinjaman daripada CIMB sebanyak 80% dengan kadar faedah 4.6% setahun.

Walaupun margin pinjaman yang ditawarkan lebih rendah (biasanya 90% untuk rumah pertama dan kedua), namun pada saya ia dah kira ok daripada tak dapat langsung.

BAGAIMANA BELIAU LAKUKAN?

Untuk makluman anda, rakan saya ini masih bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji bulanan RM2002. Beliau masih bujang dan usianya hampir mencecah 30 tahun (maaf ya Arif bocor rahsia sikit).

Jika diperhatikan dari segi gaji, saya rasa beliau tidak layak untuk membeli rumah berkenaan. Ini kerana bayaran ansuran rumah berkenaan melebihi separuh daripada gajinya iaitu 67%.

Itupun sekiranya beliau membuat pinjaman sehingga tempoh maksimum iaitu 35 tahun. Berikut merupakan contoh pengiraan ansuran pinjaman beliau.

Harga rumah : RM270,000
Margin pinjaman : RM270,000 x 80% = RM216,000
Faedah = (RM216,000 x 4.6%) x 35 tahun = RM347,760
Jumlah Pinjaman = RM216,000 + RM347,760 = RM563,760
Ansuran bulanan = RM563,760/420 bulan = RM1342.28

Jadi jumlah gaji yang beliau terpaksa peruntukkan untuk membayar ansuran rumah berkenaan.

= (Ansuran bulanan rumah/gaji) x 100%
= (RM1342.28/RM2002) x 100%
= 67%

Jumlah berkenaan memang sangat tidak logik kerana mana mungkin beliau dapat hidup dengan baki gaji sebanyak RM659.72 (RM2002 – RM1342.28 = RM659.72). Sudah tentu beliau perlu membeli makanan, bayar bil, ansuran kenderaan dan sebagainya.

Persoalannya, bagaimana pihak bank boleh memberi pinjaman sedangkan boleh dikatakan beliau tidak mampu memiliki rumah berkenaan.

INI RAHSIA BELIAU

Walaupun beliau bergaji RM2002, namun beliau mempunyai pendapatan tambahan hasil daripada perniagaannya.

Untuk makluman, beliau merupakan pembekal GPS Tracker kepada pengusaha kereta sewa, syarikat dan juga individu di seluruh Malaysia.

Selain itu beliau turut menjalankan bisnes kereta sewa di sekitar Kuala Lumpur. Pendapatannya kadangkala mencecah sehingga sehingga 5 angka sebulan.

Walaupun mempunyai 3 buah kereta di atas nama sendiri dengan ansuran bulanan RM1650, namun beliau berjaya membuktikan kereta-kereta berkenaan boleh menjana pendapatan kepadanya.

Beliau tahu bagaimana untuk menunjukkan kepada bank bahawa beliau mampu memiliki rumah berkenaan. Jadi tidak hairanlah sekiranya pihak bank memberi pinjaman walaupun beliau bergaji kecil.

BELIAU BOLEH ANDA JUGA BOLEH

Pada saya, semua orang boleh boleh memiliki rumah sendiri, janji perlu ada ilmu. Sekiranya anda teringin memiliki rumah sendiri, maka saya mencadangkan anda menggunakan teknik yang diterangkan di dalam Ebook RAHSIA PINJAMAN RUMAH.

Maklumat lanjut –> KLIK SINI

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

13 Thoughts on “BAGAIMANA GAJI RM2002 BOLEH BELI RUMAH RM270,000?

  1. Anonymous on April 14, 2014 at 11:10 am said:

    kalau contoh xde slip gaji, hanya berpendapatan dengan bisnes semata-mata. boleh dapat ke kelulusan dari pihak bank? terima kasih

  2. Anonymous on September 23, 2014 at 10:01 pm said:

    salam tuan…boleh saya mintak detail kawan tuan yg jadi pembekal GPS tracker nie tu? tlg emelkan ke azemisepawi@gmail.com

  3. Anonymous on November 3, 2014 at 1:45 pm said:

    Salam tuan, saya mempunyai pendapatan RM7500 sebulan dan berumur 27 tahun serta masih bujang. Masalah saya sekarang, saya dibebani hutang sebanyak hampir RM2800 sebulan. Itu hutang sahaja. Adakah cara terbaik untuk saya melangsaikan hutang tersebut dengan membeli rumah? Daripada bayar pinjaman peribadi lebih baik bayar pinjaman rumah. Soalan saya, bolehkah saya membuat pinjaman perumahan melebihi harga pasaran rumah untuk menutup atau melangsaikan hutang saya tersebut. Sebagai contoh, harga rumah 100k, saya ingin membuat pinjaman melebihi harga rumah iaitu 100k + 50k = 150k. 50k untuk melangsaikan hutang peribadi dan 100k adalah hutang rumah. Adakah pihak bank akan meluluskan pinjaman saya andai kata pinjaman saya melebihi harga pasaran rumah. Sekian

  4. insyallah saya sedang dalam proses untuk beli sebuah rumah, panduan yang sangat bagus

  5. Anonymous on May 8, 2015 at 9:18 pm said:

    Ingin bertanya sekira nya bergaji rm1500 layak tak memohon pinjaman perumahan rm100000 dan brp kadar bayaran sebulan ansuran

  6. amiluddin on July 26, 2016 at 8:46 pm said:

    kalau gaji rm1500 boleh buat loan untuk beli rumah tak?? kalau boleh mintak tolong ajar saya macam mana cara nak buat semua tu..atau kalau bincang face to face pun ok jugak..boleh tinggal kan no tel…saya perlukan bantuan untuk membeli rumah..

  7. Kami adalah badan kewangan di atas, kita memberi pinjaman kepada individu di seluruh dunia, adakah anda pada masa ini mengalami kewangan dalam keupayaan? Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda ingin mewujudkan anda sendiri, jika jawapan anda adalah ya kepada perkara di atas maka anda hanya selangkah lagi untuk mengatasi mereka hitches kewangan?

    Kami memberikan individu dan organisasi pinjaman peribadi dan perniagaan, perkhidmatan ini boleh meregangkan tempoh masa tertentu yang terdiri antara tempoh yang diberikan dan lima tahun dengan kadar faedah maksimum 3%.

    Sila hubungi e-mel di bawah untuk jika anda berminat.

    freedomfinance231@gmail.com

    Yang ikhlas,
    Glyn Jones.

  8. Perlu Penyatuan Hutang rumah percutian bersendirian Dan

    mempunyai wang yang ditinggalkan hiasan

    Anda perlu pinjaman kewangan segera?
    * Pemindahan cepat dan segera ke bank anda

    akaun.
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapat bayaran.
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) panjang.
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? selepas menyerahkan

    permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24

    jam.
    Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima

    maklumat yang mereka perlukan.
    dari awak.

    Syarikat ini mempunyai lesen dan lesen perniagaan yang sah.
    Menyediakan bantuan kewangan kepada sesiapa.
    Untuk maklumat dan borang permohonan untuk pinjaman

    meningkat.

    E-mel: acecashxpress27@gmail.com

  9. Anda perlu pinjaman kewangan segera?
    * Pemindahan cepat dan segera ke bank anda

    akaun.
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapat bayaran.
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) panjang.
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? selepas menyerahkan

    permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24

    jam.
    Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima

    maklumat yang mereka perlukan.
    dari awak.

    Syarikat ini mempunyai lesen dan lesen perniagaan yang sah.
    Menyediakan bantuan kewangan kepada sesiapa.
    Untuk maklumat dan borang permohonan untuk pinjaman

    meningkat.

    E-mel: acecashxpress27@gmail.com

  10. maklumat yang sangat bagus. terima kasih atas pencerahan tuan

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code
%d bloggers like this: