Wahi Abd Rashid

PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN?

Salam Hormat,

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini. Kali ini saya ingin menjawab soalan yang ditanya oleh seorang rakan tentang untung rugi konsep pajakan kereta sewa. Soalannya agak menarik kerana ia melibatkan pengiraan yang sedikit teknikal. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, elok saya terangkan konsep pajakan kereta sewa di syarikat saya Green Matrix Car Rental (GMCR). Konsep pajakan di syarikat saya mungkin agak berbeza dengan syarikat lain. Konsep pajakan adalah seperti berikut;

  1. Pemajak perlu membeli kereta setelah berbincang dengan Rakan Niaga GMCR terlebih dahulu.
  2. Bayaran muka ditanggung sepenuhnya oleh Rakan Niaga GMCR
  3. Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh Rakan Niaga GMCR.
  4. Rakan Niaga GMCR akan menguruskan bayaran ansuran, insuran, cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan.
  5. Tempoh pajakan maksimum 5 tahun (60 bulan).
  6. Wang pajakan dibayar sebanyak RM200 selama 60 bulan setiap tahun.
  7. Selepas tamat tempoh pajakan, rakan niaga hanya perlu menyambung bayaran ansuran bulanan sehingga pinjaman selesai.
  8. Selepas pinjaman selesai, kereta berkenaan akan ditukar ke atas nama Rakan Niaga GMCR.

BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN?

Sebagai contoh setelah berbincang, pemajak dan pihak syarikat bersetuju untuk membeli sebuah kereta Perodua Bezza 1.3 (A) berharga RM45,000. Tempoh pinjaman bank adalah selama 7 tahun dengan kadar faedah 5% setahun. Jadi

  • Bayaran muka 10% x RM45,000 = RM4500
  • Pinjaman bank RM45,000 – RM4500 = R40,500
  • Jumlah kadar faedah 5% x RM40,500 x 7 tahun = RM14,175
  • Jumlah Pinjaman RM40,500 + RM14,175 = RM54,675
  • Ansuran bulanan RM54,675/84 bulan = RM650.90

Pemilik kereta tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membeli kereta. Secara keseluruhan pemilik kereta akan mendapat RM200 x 60 bulan = RM12,000.

RISIKO

Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Green Matrix Car Rental antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;

  • Sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
  • Strategi pemasaran yang berbeza daripada pesaing.
  • Menapis pelanggan dan memberi fokus kepada pelanggan korporat.
  • Mempunyai prosedur tuntutan insuran yang berkesan.
  • Sistem menyenarai hitam pelanggan (CTOS).

PERINGATAN

Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;

  1. Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
  2. Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
  3. Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.

Sekian dari saya dan semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih.

14 Thoughts on “PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN?

  1. hidayat bin abdul hadi on April 23, 2013 at 11:38 pm said:

    assalamualaikum,
    boleh tak pihak tuan emailkan senarai kenderaan dan jumlah bayaran yang akan diterima setiap bulan mengikut jenis kereta.saya berminat untuk menyertai pajakan kereta sewa.terima kasih

  2. cmiwsuitm701 on June 19, 2014 at 5:47 pm said:

    Salam telah menghubungi beberapa cawangan di sekitar lembah klang untuk membuat pajakan kereta Persona tahun 2011, respon agak menghampakan. Bagaiamana saya boleh hubungi tuan terus?

  3. hasrol nizam hashim on August 9, 2014 at 9:23 am said:

    Saya ada sebuah mpv nazaria tahun 2005 untuk di pajak.call saya 0133957576

  4. asslm, sy ingin memajakan kereta saya, alza SE 2014, sy tinggal area petaling jaya. siapa yag patut saya hubung. TQ

  5. Anonymous on October 25, 2014 at 8:08 am said:

    Call saya 0182552101

  6. Anonymous on November 11, 2014 at 1:48 am said:

    Assalamualaikum Tuan Wahi,
    Sy amat mengagumi modul biz Tuan ini.

    Soalan sy:
    Bagaimana Tuan boleh ambil % yield sbnyk 15% tu? Adakah figure ini assumption atau reality yg boleh achieve dlm sistem pajakan ini. Mohon pencerahan dan tunjuk ajar.

    Terima kasih.

    • Zulkhairie Khodir on November 11, 2014 at 1:51 am said:

      Assalamualaikum Tuan Wahi,
      Sy amat mengagumi modul biz Tuan ini.

      Soalan sy:
      Bagaimana Tuan boleh ambil % yield sbnyk 15% tu? Adakah figure ini assumption atau reality yg boleh achieve dlm sistem pajakan ini. Mohon pencerahan dan tunjuk ajar.

      Terima kasih.

  7. Puan Hani on February 3, 2015 at 8:43 pm said:

    Assalamualaikum tuan Wahi, sy mohon bantuan bimbing saya utk sy sewakan kereta saga flx milik sy. Tujuan sy hanya utk bantu suami yg sedang belajar dan bulan2 dapat lepas utk bayar loan.

    Saya tak berani nak serahkan kereta pd sembarangan org utk tujuan sy ni.

    Mohon bantu saya.

    Terima kasih.

  8. Anonymous on June 9, 2015 at 6:22 pm said:

    Saya berminat nak pajakkan kereta saya, Toyota Alphard 2.4. Kereta dah habis hutang. Boleh terangkan2 terma dan syarat utk kes ini? 014-6686834 Saiful

  9. Anonymous on April 19, 2017 at 3:06 pm said:

    Saya ad kereta utk dpjkn …

  10. Safwan Ismail on April 29, 2017 at 3:28 am said:

    Assalamualaikum. saya merancang untuk membuat pajakan kereta KIA cerato Kx tahun 2014. Mohon panduan untuk pihak yang perlu saya hubungi.

    Asri

Leave a Reply

Post Navigation

 
Analytic Code