Wahi Abd Rashid

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES KERETA SEWA DENGAN MODAL SERENDAH RM1,000?

Assalamualaikum

Terima kasih kerana melawat laman web ini. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa langkah bagaimana untuk memulakan bisnes kereta sewa dengan modal kurang RM1,000. Berikut merupakan antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

  • Pastikan anda mendaftar perniagaan sekurang-kurangnya syarikat milikan tunggal. Kos pendaftaran perniagaan bermula dari RM70 sahaja.
  • Buka akaun semasa perniagan (Maybank & Cimb). Deposit untuk membuka akaun semasa adalah RM2,000, namun ianya boleh digunakan semula sebaik akaun anda siap.
  • Pastikan ada dokumen sewa yang lengkap seperti perjanjian sewa, invois dan resit.
  • Bina laman web dan lakukan promosi samada secara percuma atau pun berbayar. Kos bermula dari RM150 sahaja.
  • Sekiranya ada bajet, belajarlah dari mentor yang sudah berjaya. Kos bermula dari RM200 sahaja.

Secara keseluruhan anda boleh memulakan bisnes kereta sewa dengan modal tidak sampai RM1,000. Anda tidak perlu menghabiskan wang puluhan ribu ringgit untuk memulakan bisnes ini. Nasihat saya mulakan dengan apa yang ada. Kembangkan sedikit demi sedikit.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya tidak mempunyai kereta. Dapatkan bantuan daripada pengusaha-pengusaha kereta sewa yang berdekatan. Jalinkan kerjasama dengan mereka. Apabila permintaan semakin bertambah, baru fikirkan untuk membeli kereta.

Nota

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk-produk di bawah, sila klik link yang diberikan.

DVD PANDUAN BISNES KERETA SEWA

Picture1

DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa –> Klik Sini

One Thought on “BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES KERETA SEWA DENGAN MODAL SERENDAH RM1,000?

  1. Mohd fazlie chin on October 13, 2015 at 11:59 am said:

    Salam tuan wahi,terima kasih atasan nasihat dan pendapat profesional dari tuan..
    Saya berminat untuk mengikuti jejak langkah tuan wahi untk mngbh dan mngkatkn kualiti hidp saya skrg,dan sya ingin buktikn yg sya jgk blh brjaya walau bljr stkt spm.saya dengan rendah hati berharap tuan sudi kongsikan ilmu dan nasihat bagaimana nak mbuat dokumen lengkap perjanjian sewa kereta,invois, resit dan lain lain lagi. Serta perjanjian sewa kereta jgk tidak berat sblh, saya sebelum ini bekerja di m*******r selama lima tahun. Saya berasal dari sabah.. 2 tahun lalu saya pernah berniat utk hbgi tuan namun bkn rezeki saya waktu itu….saya berharap tuan dapat kongsi kan ilmu serbah sedikit, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Dan saya jujur disini saya akui belum ada modal lagi untuk memulakan kereta sewa.semoga nasihat dari tuan dapat membuka minda saya,sebelum ini mmg prnh brtnyakn kpda pengusaha lain,namun informasi yg diberikn namun byk sdkit sbyk brcangah,sya fhm jgk mgpa mreka bgitu…sya berharp tuan wahi dpt mnjdi mentor saya. Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code